Kerajaan PH-BN minta rakyat derma bangunkan lapangan terbang?

February 9, 2023 · Isu semasa

Tatkala rakyat terus terbeban degan kos sara hidup dan ekonomi akibat kenaikan harga barangan yang terus melambung, kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memohon ‘derma’ orang ramai untuk pembangunan lapangan terbang di negara ini.

Susulan itu, satu akaun amanah diwujudkan untuk pembangunan lapangan terbang melalui sumbangan pengguna, setelah kerajaan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Perjanjian Operasi baharu (OA 2023) dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Dipanggil, Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF), Menteri Pengangkutan daripada DAP, Anthony Loke berkata sumbangan daripada pengguna lapangan terbang, seperti orang awam dan pengendali penerbangan, akan disalurkan ke akaun amanah baharu di bawah OA 2023.

“Dengan rangka kerja perjanjian operasi baharu ini, terdapat fleksibiliti dalam kaedah membiayai kos pembangunan lapangan terbang. Kita masih boleh mengekalkan kaedah pembiayaan sedia ada tetapi kini MAHB mempunyai alternatif mereka sendiri melalui mana-mana mekanisme model pemulihan pelaburan yang sesuai.

“Lima puluh peratus komponen Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang diambil kira dalam pengiraan Yuran Pengguna akan disalurkan ke akaun amanah ADF.

“Peratusan PSC atau komponen lain dalam Yuran Pengguna yang akan disumbangkan kepada akaun ADF akan disemak setiap tiga tahun,” katanya pada sidang media di kementerian itu hari ini, menurut MalayMail.

PSC, yang dahulunya dikenali sebagai “Cukai Lapangan Terbang”, dibayar oleh penumpang yang berlepas dan dikutip oleh syarikat penerbangan masing-masing selepas pembelian tiket dan hanya dibayar kepada Malaysia Airports selepas tamat penerbangan.

Setakat hari ini, kadar PSC sedia ada yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk domestik ialah RM11; antarabangsa (Asean) RM35; dan antarabangsa (bukan Asean) RM73.

Loke menjelaskan bahawa MAHB hanya bertanggungjawab menguruskan lapangan terbang di bawah perjanjian sedia ada dan sebarang bentuk pembiayaan kos pembangunan lapangan terbang mesti diperoleh daripada peruntukan kerajaan di bawah perbelanjaan pembangunan tahunannya, sekali gus memberi tekanan kepada dana kerajaan.

“Selain itu, pelaksanaan OA 2023 akan membolehkan MAHB membantu mengurangkan beban kerajaan dengan mengambil alih kos pembangunan lapangan terbang berdaya saing pada masa hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, Loke berkata MAHB diberi autonomi untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat termasuk pelabur asing untuk melabur dalam pembangunan lapangan terbang masa depan tertakluk kepada garis panduan dasar kerajaan sedia ada.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok