Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt

April 23, 2024 · Isu semasa

Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan selama dua hari bermula 23 Okt depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan 23 dan 24 Okt tahun ini untuk pendengaran rayuan ketika pengurusan kes yang dijalankan di hadapannya hari ini, lapor Bernama.

Peguam Rosmah Datuk Akberdin Abdul Kader dan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, ketika dihubungi mengesahkan kepada Bernama tarikh perbicaraan itu.

Dalam pengurusan kes hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.

Akberdin memberitahu Bernama bahawa beliau memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar bahawa pada hari pendengaran rayuan itu, mereka mahu mahkamah mendengar terlebih dahulu rayuan Rosmah berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang menolak permohonannya (Rosmah) untuk menggugurkan hakim itu (Mohamed Zaini) daripada mendengar kesnya.

Permohonan untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini dibuat dua hari sebelum keputusan dijangka diumumkan berdasarkan alasan kononnya “penghakiman kes didakwa bocor”.

Akberdin juga memberitahu Bernama bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan hujahan setebal 700 muka surat untuk rayuan itu.

Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini memutuskan bahawa Rosmah isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 72, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun. Dia juga didenda RM970 juta dan jika Rosmah gagal membayar denda itu, dia boleh dihukum penjara 30 tahun.

Dia didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan Rosmah penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok