Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan

April 23, 2024 · Isu semasa

Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut, lapor Bernama.

“Tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dan mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“Kerja-kerja siasatan nahas yang diketuai oleh TLDM bersama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dilakukan di lokasi nahas dan butirannya kita akan keluarkan kelak,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata kesemua ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan bagi tujuan pengecaman.

“Semua mayat mangsa masih berada di sini (Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut) dan proses pengecaman masih dilakukan.

“Selepas selesai proses terbabit mangsa akan dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) bagi tujuan bedah siasat. Setakat ini siasatan berhubung nahas masih dilakukan,” katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok