Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut

December 16, 2023 · Isu semasa

Polis akan melengkapkan kertas siasatan dalam kadar segera terhadap seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kes kemalangan pelajar lelaki yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah itu bagi membolehkan pendakwaan berhubung kes kemalangan itu dilakukan di mahkamah dalam masa terdekat, lapor Bernama.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini. Kita akan melengkapkan siasatan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata pihaknya sedang meneliti rakaman litar tertutup yang ada di sekitar kawasan kemalangan serta mendapatkan rakaman daripada pemilik kamera papan pemuka (dashcam).

“Semuanya masih dalam siasatan. Kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut dan tidak akan sekali-kali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak dan kita menjalankan siasatan secara telus untuk memberi keadilan kepada semua pihak, ” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.40 tengah hari tadi melibatkan kereta Perodua Ativa yang dipandu suspek berusia 44 tahun serta motosikal jenis Yamaha yang ditunggang pelajar tersebut.

Mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan bertugas Ibu Pejabat Poilis Kontinjen (IPK) Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yahaya berkata hasil bedah siasat ke atas mayat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat daripada kemalangan jalan raya.

Tular hantaran oleh orang awam di media sosial mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang cedera didakwa dilanggar sebuah kereta.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh turut melawat keluarga mangsa dengan memberi kata-kata semangat serta turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada wakil keluarga mangsa.

Dalam lawatan berkenaan bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, rebah semasa Mohd Yusri tiba di kediaman mangsa kira-kira jam 5 petang tadi.

Muhd Zamrie ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan.

Muhd Zamrie serta beberapa ahli keluarga mangsa kelihatan gagal menahan emosi dengan menangis teresak-esak semasa menceritakan kembali detik kemalangan yang menimpa anak bongsunya itu kepada orang ramai antaranya kenalan dan saudara mara yang hadir memberi sokongan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok