Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus

April 1, 2024 · Isu semasa

Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil, kata Bank Dunia,

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan dalam subsidi kerajaan dan langkah kawalan harga yang berpotensi akan berlaku, katanya dalam Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024, lapor Bernama.

“Inflasi teras juga mungkin akan menurun pada 2024 dan kemiskinan dijangka terus berkurangan,” katanya.

Bank Dunia menekankan bahawa pada Januari 2024, inflasi Malaysia berada pada 1.5 peratus manakala inflasi teras juga menyederhana kepada 1.8 peratus.

“Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada Mac dan dasar monetari dianggap menyokong ekonomi.

“Bank pusat juga menjangkakan inflasi kekal sederhana apabila keadaan kos dan permintaan stabil. Bagaimanapun, walaupun inflasi yang sederhana, isi rumah berpendapatan rendah telah mengalami inflasi yang lebih tinggi,” katanya.

Pada Disember 2023, inflasi bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan adalah 1.7 peratus, lebih tinggi daripada inflasi keseluruhan sebanyak 1.5 peratus.

Ia menjejaskan kumpulan pendapatan berkenaan secara tidak seimbang kerana perbelanjaan mereka lebih tinggi untuk keperluan.

Pada masa yang sama, Bank Dunia menyatakan bahawa sasaran sifar kemiskinan tegar kerajaan telah dicapai di beberapa negeri.

Namun begitu, ia menekankan bahawa pandangan lebih luas dan sasaran pembasmian kemiskinan yang lebih bercita-cita tinggi melebihi 0.2 peratus kemiskinan tegar negara semasa turut diperlukan.

Anggaran rasmi terkini menunjukkan bahawa kemiskinan mutlak pada 2022 kekal lebih tinggi daripada tahap prapandemik.

Bank Dunia berkata ketidaksamaan pendapatan seperti yang diukur oleh indeks Gini berdasarkan pendapatan bersih per kapita isi rumah berada pada 40.7 pada tahun 2021 dengan aliran berbeza diperhatikan di seluruh negeri kerana beberapa melihat jurang pendapatan yang semakin melebar.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok