Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?

August 25, 2022 · Isu semasa

Jika dahulu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlumba-lumba cuba untuk mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tapi kini tidak lagi apabila kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019, tetapi trend ini dipercayai akan berterusan pada 2020 dan 2021.

Menurut laporan Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC), sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur prestasi pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1 peratus sahaja pelajar SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Hal ini jelas menunjukkan terdapat kesannya kepada produktiviti dan penyerapan tenaga buruh pada ekonomi kelak. Ini kerana ketiadaan kemahiran tinggi serta pengetahuan tertentu akan mendorong kepada kekurangan pakar dalam negara dan perkara itu akan menyukarkan pasaran buruh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu bersama kadar gaji yang lebih tinggi.

Ia sekali gus dilihat akan menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal merundum dan memberi kesan pada kualiti hidup masyarakat.

Hal ini adalah sangat membimbangkan dan diharap agar pihak yang bertanggungjawab menjalankan kajian atas sebab apa generasi ini tidak mahu menyambung pengajian mereka.

Adakah disebabkan masalah kewangan untuk sambung belajar atau mungkin mereka lebih memilih untuk mencari wang?

Pelajar sekolah juga harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan pelajaran selepas habis SPM. Semua pihak termasuk kerajaan, guru dan ibu bapa perlu mengambil perhatian akan isu ini.

Terdapat beberapa  faktor utama yang menyebabkan mereka tidak minat menyambung pelajaran ke universiti. Kebanyakan anak muda beranggapan belajar universiti bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik pada masa akan datang. Ini kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, apalagi terpengaruh menjadi pempengaruh (instafomous/tiktoker) dalam media sosial.

Trend ini berterusan pada 2020 dan 2021 sejak 2019 dengan ramai yang berhenti untuk bekerja. Banyak pekerjaan baharu yang ditawarkan pada masa ini melalui platform gig seperti perkhidmatan e-hailing, penghantar makanan melalui pelbagai aplikasi dalam talian.

Untuk jangka panjang prospek kerjaya sukar dipertahankan kerana tenaga kerja baharu yang sentiasa tersedia dan bila-bila boleh diganti. Ramai remaja terikut-ikut untuk menjadi penyedia kandungan iaitu pempengaruh media sosial yang disangka boleh memberi kesenangan dengan segera.

Sementara itu, menurut Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad, dianggarkan terdapat 90,000 pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM ke­rana telah berhenti sekolah dan gagal dalam subjek Bahasa Me­layu serta Sejarah.

Tambah beliau, SPM ini umpama surat bera­nak kerana mahu belajar tidak boleh se­bab tiada sijil SPM sekalipun hendak memohon di institut ke­mahiran kerana sijil peperiksaan itu penting walaupun keputusan mereka rendah.

“Kalau tahun 70 dan 80an, memang kita banyak belajar dalam bidang akademik seperti sains sosial, sejarah atau sastera untuk mengisi jawatan pentadbiran. Namun, bermula tahun 2010 didapati jawatan pentadbiran sudah penuh.

“Jadi pada saya, TVET patut dipromosikan dan tidak timbul persaingan dengan universiti berunsurkan akademik kini giat menawarkan kursus keusa­hawanan kepada pelajarnya agar mampu membuka peluang pekerjaan nanti,” tegasnya.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Dua lelaki ditahan berhubung kenyataan kritik PM dalam media sosial
October 28, 2023· Isu semasa
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok