Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?

September 2, 2022 · Isu semasa

Mesti ramai yang panik bila tiba-tiba duit dalam bank kena tolak walaupun kita tak melakukan sebarang transaksi.
Isu ini bukan baharu malah kita banyak dengar kehilangan duit secara tiba-tiba dari akaun bank. Duit yang hilang bukanlah sikit sikit jumlahnya.

Zaman teknologi sekarang, scammer mempunyai seribu satu helah untuk mencuri duit kita yang telah kita simpan begitu lama.

Tetapi ada juga yang memberitahu tidak menekan apa apa link atau muat turun apa apa aplikasi yang mencurigakan.

Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah dilaporkan mendakwa, kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 pada 19 Ogos lalu menerusi tiga transaksi yang mencurigakan pada jam 2 pagi.

Beliau mendakwa, tidak menyedari tiga transaksi tersebut kerana tidak menerima nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) daripada pihak bank.

Persoalannya, siapa sebenar yang salah, bank atau pengguna?

Baru-baru ini , peguam Nor Zabetha berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes duit dalam bank tiba-tiba lesap. Dalam kes tersebut, beliau berjaya buktikan bahawa kesalahan pada pegawai yang memasukkan akaun pada satu digit terakhir.

Ini membuktikan kecuaian sebenar daripada pihak bank. Pun begitu, beliau berpendapat tidak semua kes berakhir sedemikian sekiranya tiada bukti yang kukuh.

Nasihat beliau, kena kenal pasti dahulu fakta. Kalau di mahkamah pun, perlu dibuktikan dahulu kecuaian di pihak mana, baru boleh dapat ganti rugi.

“Kisah ini 14 tahun dahulu. Sewaktu belum hebat lagi teknologi macam hari ini atau scammer tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sudah ada kes begini. Duit tiba-tiba hilang.

“Selang beberapa tahun kemudian, saya wakili anak guam saya menyaman pihak bank. Kali ini lain pula halnya. Pihak bank tersalah memindahkan wang yang dibekukan kepada akaun orang lain di Jabatan Insolvensi. Kisahnya anak guam saya sebagai penjamin, dibekukan akaun setelah dibankrapkan. Bank diarahkan memindahkan wang tersebut ke Jabatan Insolvensi.

“Pegawai bank cuai dan tersalah pindah duit anak guam saya ke akaun individu lain yang dibankrapkan di Jabatan Insolvensi.

“Sudahnya anak guam saya kekal bankrap walhal jumlah tersebut boleh membayar nilai kebankrapan dan dia bebas bankrap. Pihak yang disalah pindahkan, ditolak hutangnya.

“Kami saman di mahkamah. Kami berjaya buktikan kes. Mahkamah membenarkan jumlah ganti rugi lebih kurang tiga kali ganda dari pada jumlah yang dipindahkan,” katanya.

Tambah beliau, pembuktian di mahkamah dalam kes begini, adakah bank yang cuai? Jika ya. Maka, anak guam boleh menuntut ganti rugi kecuaian.

“Kalau di mahkamah, banyak kes yang bank perlu bayar ganti rugi dan kerugian wang. Antaranya kes-kes berkenaan dengan kecuaian meluluskan cek dan pindah wang. Sebab itu semakin lama, bab keselamatan bank akan ditambah baik setiap kali,” jelasnya.

Menjawab kepada persoalan dari kedudukan undang-undang, kalau terbukti bank cuai termasuklah dalam kes-kes sekuriti bank yang tidak kukuh.

Tetapi kalau dalam kes-kes tertentu, bank tidak cuai sebaliknya pengguna  yang cuai. Contohnya Macau Scam call menyamar jadi polis, kita bagi nombor akaun, password dan nombor TAC. Semua kita yang bagi.

“Ini jelas, kita yang cuai. Macam mana hendak saman bank? Kalau dalam kes, malware . Ini tertakluk kepada fakta kes. Ada yang mungkin bank cuai. Ada silap kita sendiri (tertakluk).

“Jadi pandangan saya tidak boleh pukul rata. Selidik dulu, kecuaian dari mana? Sebelum hendak saman menyaman.

“Akhir sekali, kalau situasi mabuk bercinta. Bagi telefon, bagi akaun, bagi TAC kepada kekasih dan hilang ribu-ribu. Kemudian, salahkan bank. Kena kenal pasti dahulu fakta. Kalau di mahkamah pun, perlu dibuktikan dahulu kecuaian di pihak mana, Baru boleh dapat ganti rugi,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila scammer atau penggodam ‘merompak’ duit pendeposit dalam akaun mereka.

“Selama ini orang ramai menaruh kepercayaan bahawa wang mereka selamat disimpan di dalam bank, tetapi apabila berlaku kelemahan dalam sistem sekuriti perbankan, pihak ber­kenaan perlulah bertanggungjawab.

“Perlu ada siasatan dan ketelusan sama ada kehilangan wang pelanggan disebabkan kecuaian sistem keselamatan. Kalau betul, bank wajib bertanggungjawab untuk pulangkan semula duit pelanggan.

“Tidak boleh terus mengeluarkan kenyataan bahawa kehilangan wang bukan kesalahan bank, sebaliknya pelanggan pula yang didakwa menyebabkan maklumat mereka dicuri,” katanya.

Mohd. Yusof menegaskan, siasatan kes kehilangan wang pendeposit tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada bank terlibat atau pihak berkuasa lain, sebaliknya ada pihak se­perti Bank Negara Malaysia (BNM) yang turut melakukan siasatan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, BNM perlu mengkaji semula perihal kebertanggungjawaban bank komersial terhadap isu kehilangan wang pelanggan yang semakin kerap berlaku.

Tegas beliau, pihak bank tidak boleh lepas tangan, sebaliknya perlu bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian yang dialami pelanggan mereka.

“Keadaan hari ini cukup me­rungsingkan, kena perlu segera berubah. Lama-kelamaan yang kena adalah pengguna. Sukar pengguna hendak melawan de­ngan kuasa yang amat besar ini dalam menuntut hak mereka.

“BNM kena ambil tindakan bersungguh-sungguh supaya bank-bank akan lebih menghormati etika perbankan dan juga ada sifat kemanusiaan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Ketika rakyat sudah dibebani harga barang naik, caj QR DuitNow jadi pertikaian
September 29, 2023· Isu semasa
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
MPC akan bermesyuarat pada Khamis tentukan kadar OPR
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok