Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu

April 18, 2024 · Politik

Langkah kerajaan untuk meneruskan pengapungan petrol bermula pada Jun depan akan menambah bebanan rakyat yang sudah pun terhimpit dengan kenaikan kos harga barang.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris menyifatkan langkah mengapungkan harga petrol RON95 bakal memberi impak besar kepada kos sara hidup rakyat yang sudah berdepan kenaikan inflasi sejak awal tahun ini.

“Rakyat semakin gelisah, bimbang, ekonomi negara mula bergelora dan peniaga mungkin tak tertahan akan kenaikan harga melampau.

“Inflasi dijangka meletus, kerana harga RON95 mungkin naik mendadak, disahkan Menteri Ekonomi yang menggunakan istilah pengurangan subsidi petrol untuk golongan subsidi bersasar kononnya bahawa kerajaan sudah bersedia.

“Sebelum Aidilfitri, Menteri Ekonomi beria-ria menafikan kenaikan harga petrol kerana nak jaga hati rakyat Malaysia, tetapi sekarang dengan angkuhnya akan melaksanakan proses apungan bahan api,” katanya dalam satu kenyataan media.

Razali berkata penganalisis meramalkan inflasi akan meningkat pada tahun ini sehingga ke paras yang tinggi dan langkah pengapungan itu akan menyebabkan harga bahan bakar itu boleh mencecah RM3.36 seliter untuk RON95.

“Bank Negara Malaysia telah melahirkan kebimbangan inflasi dijangka meningkat sehingga 3.5 peratus tetapi penganalisis ekonomi lain meramalkan boleh mencapai 4.8 peratus. Faktor utama lain nilai ringgit tidak mengukuh dan terus menyusut.

“Saya sudah menyuarakan secara tegas minggu lalu, tetapi ramai tidak percaya, tidak kisah seolah-olah terpedaya dengan ungkapan manis dan janji kerajaan PMX, dan sekarang, bersedialah rakyat Malaysia akan jangkaan kenaikan bahan api mencapai RM2.65 seliter atau semaksimum RM3.36 seliter untuk RON95, belum lagi cerita diesel lagi,” ujarnya lagi.

Beliau juga membidas kerajaan dipimpin Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kenaikan harga petrol sebelum ini, malah menaikkan pula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8 peratus.

“Kekadang pemikiran idealisme kerajaan Madani membuai keenakkan rakyat untuk memperolehi ganjaran secara nyata, tetapi secara realitinya, ia tidak menggambarkan usaha mengecilkan defisit fiskal negara tetapi mengundang malapetaka yang disembunyikan tanpa boleh dihidu rakyat seperti SST 8 peratus dan GST.

“Rakyat terus diperbodohkan oleh Menteri bodoh sekarang. Rakyat sudah tidak rela seperti mana laungan PM – Pembohong Malaysia – ‘Menang Hari Ini, Turun Minyak Esok’,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Kerana kebodohan Anwar dan fanatiknya, pembangkang terlepas peluang
August 21, 2021
Keluar parti jadi MP Bebas kemudian sertai parti lain ditafsir lompat parti?
March 28, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Saksi pertahan kenyataan bayar Guan Eng, ‘saya tidak diajar tukar cerita’
July 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok