PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang

April 26, 2024 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menamakan anak tempatan dari Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Khairul Azhari merupakan pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, anak jati di daerah Kuala Kubu Bharu akan menentang calon DAP yang berasal dari Ampang pada PRK kali ini.

Pencalonan itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa satu majlis pengenalan calon malam tadi Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu.

Khairul Azhari Saut

Calon PN itu merupakan seorang anak peneroka Felda Sungai Tengi yang dipilih sebulat suara semasa mesyuarat majlis tertinggi PN beberapa hari lepas.

“Dengan ini saya umumkan keputusan majlis tertinggi PN calon yang bertanding di KKB adalah Khairul Azhari Saut.

“Kalau kamu nak anak tempatan inilah anak tempatan,” katanya.

Khairul Azhari akan berdepan Pang Sock Tao dari DAP, yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang kontroversi.

Selain PN dan DAP, Muda dan PSM juga menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu tetapi masih belum membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau sebaliknya.

Khairul Azhari mengambil alih kepimpinan Bersatu bahagian Kuala Kubu Bharu selepas ketuanya Md Anuar Mohd Nor keluar parti ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lepas.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Kee Hiong dari DAP akibat barah, pada 21 Mac lalu.

Pada PRN Selangor, mendiang Kee Hiong mengekalkan penguasaan di DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi, mengalahkan tiga lagi saingannya daripada PN, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, diikuti hari pengundian pada 11 Mei.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok