Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat

April 22, 2024 · Politik

Datuk Megat Zulkarnain Omardin membuat penjelasan berhubung langkah peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku bendahari UMNO Selangor sebagai wajar sama sekali.

Pengerusi UMNO Selangor itu berkata Tengku Zafrul mempunyai sebab tersendiri untuk meletak jawatan dan mendedahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu hanya hadir sekali ke mesyuarat sejak dilantik menjadi bendahari.

“Saya anggap sudah selesai. Kita terima perletakan jawatan beliau sebagai Bendahari UMNO Selangor. Saya percaya beliau mungkin ada sebab-sebab tertentu, mungkin kesibukan masa kerana selalu tiada dalam negara kerana mengikut PM (perdana menteri) ke luar negara, mungkin atas sebab itu beliau tak boleh beri komitmen kepada tanggungjawab ini.

“Selama saya ingat, beliau hanya dapat hadir sekali sahaja ke mesyuarat, lepas itu tidak dapat hadir dan setiap kali mesyuarat diwakili timbalan ketua bahagian,” katanya dipetik laporan media.

Megat juga memperbetulkan kritikan dibuat Tengku Zafrul selepas peletakan jawatannya sebelum ini kononnya perancangan UMNO Selangor tidak sehaluan dengan pusat.

“Sebenarnya (tanggapan Zafrul bahawa perancangan kebangkitan UMNO di Selangor hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat) itu tidak betul. Kita berusaha bersungguh untuk kembalikan semula kekuatan UMNO di peringkat akar umbi.

“Saya dalam UMNO puluhan tahun. Saya melihat ketika UMNO menjadi parti dominan di Selangor, kita menang 54 kerusi daripada 56. Saya juga menyaksikan kekalahan UMNO daripada 54 tinggal 20 kerusi. Saya juga dalam UMNO dari 20 tinggal 12 kerusi, kemudian lapan, empat dan terakhir dua kerusi. Saya melihat proses ini dan waktu saya menjadi pengerusi perhubungan, kita hanya tinggal dua kerusi,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, semua keputusan yang dibuat UMNO Selangor adalah sehaluan dengan peringkat pusat dan dakwaan Tengku Zafrul adalah tidak benar sama sekali.

“Mana mungkin sebagai setiausaha politik Ahmad Zahid (Hamidi), saya mengemudi UMNO atau BN Selangor dengan satu cara yang bertentangan dengan apa yang dibuat Kerajaan Pusat.

“Saya percaya Zafrul merujuk kepada keputusan mengembalikan 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mengembalikan 75 jawatan ketua kampung atau Pengerusi MPKK kepada kerajaan negeri.

“Sewaktu keputusan itu dibuat, Zafrul seorang sahaja tidak hadir dan sewaktu kita membuat pembentangan keputusan menyuarat perhubungan negeri kepada presiden parti, kesemua 21 ketua bahagian yang hadir mencapai keputusan sebulat suara, bukan kita serah kepada Ahmad Zahid untuk buat keputusan,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok