Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor

January 15, 2022 · Politik

Gambar pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular dalam media sosial adalah gambar lama, kata Datuk Jais Sarday yang menafikan wujud komplot untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua UMNO Bahagian Kluang itu menafikan wujud rancangan dengan Ketua Pembangkang tersebut seperti berlaku di Melaka sebelum ini bagi memastikan langkah mengadakan PRN Johor dapat direalisasikan, ia selepas timbul spekulasi PRN Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Ini gambar lama, tiada kena mengena dengan PRN atau politik,” katanya dipetik laporan sebuah portal hari ini.

Untuk rekod, semasa krisis politik Melaka sebelum ini, Anwar juga bertemu dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Malah, dua bekas ADUN UMNO juga dibenarkan bertanding atas tiket PKR dalam PRN Melaka sebelum ini.

Berhubung PRN Johor, Jais bagaimanapun menyokong sekiranya ia diadakan dengan segera memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negeri tersebut.

“Saya percaya di Johor, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah lama bersedia dan berkobar-kobar untuk dapatkan mandatkan yang lebih besar.

“Sekiranya PRN diadakan, kita dapat kembalikan mandat kepada rakyat. Seperti mana di Melaka dan Sarawak, kita nampak rakyat akan tolak parti daripada PH (Pakatan Harapan),” kata Jais lagi yang sebelum ini merupakan pengikut setia bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Jais juga turut menafikan dakwaan gambar tersebut diambil ketika PRN Melaka, mengatakan beliau sibuk berkempen untuk UMNO di Jasin sepanjang PRN tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga ADUN Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
16 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu· Isu semasa
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok