Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa

April 22, 2024 · Politik

Jika benar wujud Titah Adendum seperti yang didakwa semasa prosiding mahkamah melibatkan kes Datuk Seri Najib Razak, kerajaan boleh dianggap menderhaka sekiranya mengabaikan titah tersebut.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan tidak boleh menderhaka menderhaka Titah Adendum, malah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja dalam memberikan pengampunan juga perlu dihormati.

“Pengalaman saya sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kami amat memahami dan menghormati kedudukan tersebut.

“Sekiranya benar adanya titah adendum itu, kerajaan tidak harus menderhakainya tanpa penjelasan yang meyakinkan,” katanya dipetik laporan media.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keraguan dan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja dalam memberi pengampunan.

Tegasnya, Lembaga Pengampunan diwujudkan untuk memberi nasihat dan pandangan namun Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja boleh memutuskan atau menitahkan perkenan baginda dalam mesyuarat atau selepas mesyuarat.

“Hak baginda tidak harus dipertikaikan. Sejak zaman berzaman Raja Raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan. Perlembagaan negara mengekalkan hak dan kuasa tersebut melalui perkara 42(1) dengan jelasnya,” kata Annuar.

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri terbabit menjalani baki tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok