UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan

April 22, 2024 · Politik

Pendirian untuk tidak meletak calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu setakat ini tidak berubah, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu menjelaskan parti penyandang yang memenangi kerusi Kuala Kubu Bharu akan meletak calon mereka dan tiada keperluan untuk meletak calon daripada Barisan Nasional (BN).

“Ini cuma PRK sebab isu kematian penyandang, maka wakil parti yang sedia ada berbuat demikian kecuali jika mereka sendiri tidak mahu,” katanya dipetik laporan media.

PRK Kuala Kubu Bharu kosong ekoran kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada 11 Mei depan.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO memberikan jaminan bahawa komponen parti dalam BN tidak akan meletakkan calon bertanding pada PRK itu.

“Keutamaan bagi mewakili Kerajaan Perpaduan ialah dari wakil parti penyandang dan sekiranya mereka memang tidak mahu, maka barulah pencalonan lain dibuka,” katanya.

Beliau memberikan contoh senario yang pernah berlaku ketika PRK di Simpang Jeram, Pulai, Pelangai dan Kemaman apabila parti-parti komponen tidak pula cuba meletakkan calon.

Ditanya apakah BN sudah mengadakan mesyuarat bagi menetapkan perkara itu, beliau berkata, ia terpulang kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Secara kelazimannya ujar Mohamad, Dewan Tertinggi BN akan melaksanakan mesyuarat tersebut selepas selesai sesi mesyuarat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO di ibu negara.

“Presiden UMNO selaku Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian akan membawa mandat daripada parti berkenaan kepada semua komponen BN,” katanya.

Justeru, beliau meminta ahli-ahli parti bertenang ekoran timbul spekulasi konon BN masih lagi berunding untuk PRK itu kerana belum mengadakan mesyuaratnya seperti kelaziman.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
10 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok