Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid

April 2, 2021 · Politik

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menamakan dirinya sebagai salah satu calon pilihan untuk jawatan perdana menteri dan mengakui mampu mendapat sokongan daripada sebelah blok pembangkang.

Namun, beliau mengakui hasratnya itu mungkin juga tidak dapat menjadi kenyataan kerana mustahil untuknya mendapat sokongan daripada partinya sendiri.

“Saya lah (calon),” kata beliau dipetik dalam wawancara dengan portal The Vibes.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, pembangkang mungkin memberinya sokongan dalam perlumbaan merebut jawatan tersebut tetapi masalah yang sedang dihadapinya adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

“Saya mungkin dapat sokongan pembangkang tapi tidak UMNO,” ujarnya lagi.

Zahid antara nama-nama yang disebut sebagai calon perdana menteri bagi gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu sedang berdepan krisis dalaman parti apabila sedang diserang oleh mereka yang dikatakan “Kluster Menteri”.

Serangan dan kecaman secara terbuka sedang dihadapi Zahid daripada kumpulan tersebut malahan gesaan supaya mereka meletak jawatan juga tidak diendah walaupun Zahid sudah memberikan kata dua semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung minggu lalu.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
8 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok