Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib

April 22, 2024 · Politik

Permohonan dikemukakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mendapatkan kebenaran untuk memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membuat permohonan tersebut menerusi firma guaman, Cecil Abraham & Partners dan dihantar kepada Umi Salamah Mohamad sebagai Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh.

Pihak pembelaan Tengku Zafrul berkata, afidavit diikrarkan Tengku Zafrul itu adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan pada 9 April lalu.

Menurutnya, ia berikutan terdapat fakta didakwa tidak tepat yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

“Untuk rekod, kami (pihak pembelaan Tengku Zafrul) selanjutnya diarahkan anak guam (Tengku Zafrul) untuk menyatakan bahawa anak guam tidak mengambil pendirian dalam merit pertikaian antara pihak-pihak (dalam isu berbangkit).

“Anak guam hanya ingin memastikan fakta dikemukakan dengan tepat di hadapan mahkamah secara neutral.

“Kami berharap mahkamah akan mempertimbangkan dan membenarkan permohonan kebenaran bertulis untuk memfailkan afidavit atas alasan yang dinyatakan,” katanya menurut laporan BH.

Media sebelum ini melaporkan ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, disahkan ialah Zahid.

Titah Adendum berkenaan adalah supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Menerusi afidavit diikrarkan Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah terbabit oleh Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, 30 Januari lalu.

Zahid juga dipetik berkata, Tengku Zafrul menunjukkan kepada beliau salinan Titah Adendum itu pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bagaimanapun pada Rabu lalu, Tengku Zafrul dilaporkan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi memfailkan afidavit membetulkan beberapa kesilapan fakta yang didakwa terkandung dalam afidavit difailkan Zahid berkaitan Titah Adendum itu.

Pada Jumaat lalu, Tengku Zafrul dilaporkan enggan mendedahkan kesilapan fakta yang didakwa terkandung dalam afidavit difailkan Zahid berkenaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Shahidan beri amaran dedah banyak rahsia ‘pemimpin’ UMNO
April 24, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok