Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan

January 10, 2024 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan sumber dana RM500 juta dan RM750 dalam kenyataan media semalam, gesa PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas Perdana Menteri (PMX) kerana memainkan isu dana tersebut bagi mengaitkan langkah untuk menjatuhkan kerajaan tanpa sebarang mengemukakan bukti kukuh, malah ia bukan kali pertama perkara tersebut dibuat kerana sebelum ini pernah menuduh isu dana judi diterima Perikatan Nasional (PN).

“Kenapa ditulis nilai RM500 juta dan RM750 juta? Ertinya ada maklumat khusus. Jika ada maklumat khusus, mohon PMX dedahkan sahaja.

“Janganlah jadi macam isu dana judi yang dilumurkan kepada PN, selepas setahun masih belum dibuktikan,” katanya dipetik laporan media.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga meragui kenyataan media dikeluarkan Anwar terkait dengan titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

Dalam satu kenyataannya semalam, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmah Shah bertitah supaya kerajaan campuran terus menguruskan negara.

Menjelaskan sesi menghadap yang berlangsung di Istana Negara, perdana menteri berkata dia menyembah maklum akan urusan kertas-kertas kabinet yang akan dibincangkan.

Katanya Agong kemudian turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda bertitah supaya saya selaku perdana menteri dan kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara,” kata Anwar dalam kenyataan itu.

Anwar turut menyebut mengenai derma yang ingin disampaikan mana-mana pihak sekiranya ada RM500 juta atau RM750 juta harus disalurkan terus kepada asnaf.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan oleh Anwar dengan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, ia mungkin merujuk kepada dakwaan pihak tertentu bahawa sejumlah besar wang dibelanjakan untuk menarik ahli parlimen kerajaan berpaling tadah.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang membangkitkan beberapa keganjilan dalam kenyataan Anwar menegaskan tindakan perdana menteri itu menimbulkan keraguan.

“Hakikatnya tindakan PMX menimbulkan keraguan. Terkejar-kejar mendahului pihak Istana Negara, apa yang ingin dikejar sangat tu?

“Tindakan ini seperti tidak menghormati kedudukan utama Yang di-Pertuan Agong dan pihak Istana Negara dalam mengeluarkan sesebuah kenyataan rasmi.

“Dalam pertemuan rasmi dan penting melibatkan pihak istana, keterujaan berkongsi tidak perlu sampai menjadi lebih sudu dari kuah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
15 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok