Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020

November 13, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap orang itu orang ini pengkhianat, namun calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itulah pengkhianat sebenar.

Menurutnya tindak tanduk Presiden PKR itu bersama konco-konconya menyebabkan PH berpecah-belah pada Februari 2020 hingga meruntuhkan gabungan itu susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Jonathan yang juga penyandang kerusi Parlimen Ranau yang dimenanginya atas tiket PKR pada 2018 lalu berkata Anwar yang selayaknya digelar pengkhianat dan perlu dikalahkan pada PRU-15 ini.

“Kalau bukan kerana beliau dan konco-konco yang mahu menyingkirkan Tun Dr Mahathir pada masa itu, tidak mungkin ada perpecahan dalam PH.

“Lupakah mereka bahawa ada janji dan surat hitam putih yang kami tandatangani, mengatakan tidak ada tempoh masa perjanjian peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Anwar.

“… Dan sebab itu bila dikatakan pengkhianat, mereka yang menyingkirkan Tun (Mahathir) adalah pengkhianat,” katanya hari ini (13 November 2022), menurut Awani.

Terdahulu, Anwar menyifatkan Jonathan yang menang di Ranau atas tiket PKR tetapi kini menyertai GRS sebagai pengkhianat .

Anwar berkata bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan membantu kempen PH di Ranau untuk memasikan calonnya menang.

Mengulas lanjut, Jonathan berkata perpecahan yang didakwa berlaku dalam PH, akan memberi kelebihan kepada GRS.

Dalam pada itu, Jonathan berkata tindakan Anifah yang mahu membantu calon PH di kawasan tersebut juga menunjukkan gabungan itu lemah di Ranau.

Ujarnya, penglibatan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu tidak akan memberi kesan besar terhadap sokongan kepada GRS.

“Selama ini, kita dapati bahawa kekuatan Anifah di kawasan Ranau pun tidak lah begitu besar. Sudah terbukti di masa lalu bahawa ada pun sokongan (orang luar) tidak begitu mengugat keadaan GRS di Ranau,” kata Jonathan.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Anwar! Jangan guna kuasa untuk balas dendam politik, buruk padahnya
February 15, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok