2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN

May 29, 2022 · Politik

Keputusan Pemilihan PKR 2022 di Selangor menyaksikan team #KitaSemuaKEADILAN mendominasi kira-kira dua pertiga senarai ketua cabang, dengan menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai cabang Gombak.

Berdasarkan pemilihan terdahulu, keputusan di Selangor menentukan hampir keseluruhan jawatan tertinggi PKR memandangkan negeri itu mempunyai jumlah keahlian paling ramai, manakala ahli yang keluar mengundi juga paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Analisis awal, jumlah undian yang banyak diperoleh Amirudin yang juga calon utama Naib Presiden, sekali gus meletakkan beliau sebagai yang tertinggi dalam ‘top 4’ jawatan naib presiden.

Bagaimanapun persaingan utama jawatan Timbalan Presiden PKR masih terbuka antara bekas Naib Presiden Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan adalah calon pilihan bagi kerusi timbalan presiden dilaporkan masih mendahulu Saifuddin.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita keputusan masih berubah-ubah biar pun Adam Adli Abd Halim menguasai pengundian bagi AMK dan Senator Fadhlina Sidek bagi Wanita di Selangor

Berikut adalah keputusan tidak rasmi mereka yang menang sebagai ketua cabang di Selangor:

1. Sabak Bernam – Ahmad Mustain Othman
2. Sungai Besar – Azhar Achil
3. Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash
4. Tg Karang – Mohd Yahya Sahri
5. Kuala Selangor – Thiban A/L Subramaniam
6. Selayang – Willian Leong
7. Gombak – Datuk Seri Amirudin Shari
8. Ampang – Daing Muhammad Reduan
9. Pandan – Rafizi Ramli
10. Hulu Langat – Rajendra Kumar
11. Bangi – Balamurali Govindaraju
12. Puchong – M.Anbarasan Murugesu
13. Sungai Buloh – Sivarasa Rasiah
14. Petaling Jaya – Hee Loy Sian
15. Damansara – Elizabeth Wong
16. Subang – Pravin Murali
17. Shah Alam – Rodziah Ismail
18. Kapar – Azizi Ayob
19. Klang – Azmizam Zamanhuri
20. Kota Raja – Gunaraj George
21. Kuala Langat – Haridass Ramasamy
22. Sepang – Borhan Aman Shah.

Berita berkaitan
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
6 jam lalu· Politik
Pengikut Anwar tak puas hati tuduhan Rafizi, nafi cuba ubah keputusan
23 jam lalu· Politik
Selangor semakin hampir capai sasaran pelaburan RM10 bilion
23 jam lalu· Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
July 6, 2022
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
July 6, 2022
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
July 6, 2022
Lagi Politik terkini
MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas
4 jam lalu · Politik
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
7 jam lalu · Politik
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
9 jam lalu · Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
11 jam lalu · Politik
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok