Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF

April 22, 2024 · Isu semasa

Sebanyak RM1.59 bilion saham dijual pelabur asing dalam pasaran ekuiti tempatan minggu lalu.

Penjualan saham oleh pelabur asing tersebut merupakan rekod tertinggi untuk dalam tempoh empat tahun iaitu ketika negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac 2020, menurut laporan MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguannya.

Firma penyelidikan itu berkata ini adalah minggu kelapan berturut-turut jualan bersih di Malaysia oleh pelabur asing.

“Mereka menjual setiap hari pada minggu lalu dan menjadi penjual bersih ekuiti Malaysia selama sembilan hari dagangan berturut-turut.

“Satu-satunya sektor dengan aliran masuk asing bersih (minggu lalu) adalah telekomunikasi dan media (RM9.3 juta), manakala tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM425.8 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM308. 9 juta), serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM206.3 juta),” katanya.

MIDF Research berkata pelabur asing lebih berhati-hati di tengah-tengah konflik geopolitik yang semakin meningkat, selain bimbang kadar faedah di AS akan kekal lebih tinggi untuk lebih lama.

Bagi peruncit tempatan, mereka juga kekal sebagai penjual bersih untuk minggu keenam berturut-turut, dengan jualan bersih bernilai RM195.8 juta.

Mereka membuat pembelian sebanyak RM59.5 juta pada Isnin tetapi bertukar kepada penjual bersih untuk sepanjang minggu.

Dari segi penyertaan, jumlah dagangan harian purata (ADTV) menyaksikan peningkatan secara menyeluruh, diterajui oleh institusi-institusi tempatan (30.2 peratus), diikuti oleh pelabur asing dan peruncit tempatan masing-masing pada 28.4 peratus dan 19.5 peratus.

Sementara itu, pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion berbanding pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.

Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak Februari 2018.

Firma penyelidikan itu berkata ini adalah pembelian bersih minggu kelapan berturut-turut oleh institusi tempatan dan dari segi hari, mereka telah membeli selama 11 hari dagangan secara berturut-turut.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok