Kesunyian punca jadi pembuli siber

September 9, 2022 · Isu semasa

Berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2020, Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia bagi kes buli siber selepas India. Setahun sebelum itu UNICEF turut melaporkan tiga daripada 10 remaja Malaysia pernah menjadi mangsa buli siber yang dilakukan menerusi media sosial.

Sebelum ini media pernah melaporkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab yang menyebut umumnya, mangsa tidak mengenali individu yang membuli kerana konsep tanpa nama (anonymity) disediakan melalui internet.

Justeru kes membabitkan buli siber juga akan sentiasa berulang kerana bahan itu kekal di internet, sekali gus menyebabkan mangsa buli terus tertekan dan dalam sesetengah kes menimbulkan keinginan untuk membunuh diri.

Sebelum ini, seorang guru Bahasa Melayu yang popular di media sosial, Saliza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana menjadi mangsa buli siber hingga menyebabkannya membuat laporan polis.

Ia susulan videonya yang menegur penggunaan perkataan degup dan denyut untuk jantung dalam lirik lagu Casablanca mendapat perhatian ramai.

Walaupun sebahagian warga net menerima pandangan beliau berasaskan hukum tatabahasa namun terdapat juga sebahagian yang menolak. Namun amat dikesalkan segelintir kelompok yang menolak ini turut menghina dan mencerca beliau menggunakan kata-kata kesat.

Tidak tahan dengan komen sebegitu yang menghina dan secara jelas membuli, beliau tampil membuat laporan polis. Kes sebegitu sebenarnya bukan terpencil. Sudah banyak kes serupa dilaporkan media. Keadaan ini secara jelas membuktikan masyarakat semakin biadap. Mereka seolah-olah merasakan mempunyai semua kebebasan untuk menghakimi orang lain.

Sementara itu, penyelidik mengenai buli siber belia, Jessie Yong, berkata laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi tahun 2020 Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia bagi perbuatan buli siber dalam kalangan belia.

Beliau berkata, laporan itu menunjukkan, buli siber kini menjadi masalah yang semakin ketara di negara ini.

Perbuatan itu mungkin berpunca daripada rasa tidak gembira si pembuli akibat keperluan asasnya tidak dipenuhi.

“Menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan (untuk menyayangi, disayangi dan harga diri), kuasa, kebebasan dan keseronokan,” katanya.

Teori Pilihan yang dibangunkan oleh pakar psikiatri Amerika Syarikat, William Glasser itu menyatakan, setiap manusia mempunyai lima keperluan asas yang menggerakkan tingkah laku atau pilihan mereka.

“Apabila satu atau lebih keperluan asas ini tidak dipenuhi, mereka mungkin menggunakan buli siber sebagai platform bagi memuaskan keperluan itu. Itu sebabnya kes buli siber tidak hanya dilakukan oleh belia sahaja, tetapi turut membabitkan orang dewasa,” katanya.

Beliau berkata, kajian juga menunjukkan pelaku buli siber mengalami kadar kesunyian yang tinggi.

“Ini disebabkan oleh kekurangan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka. Membuli dalam talian adalah usaha mereka untuk meraih perhatian daripada orang asing,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai rasa harga diri yang rendah, rasa kurang diterima secara sosial dan rasa kurang popular atau kurang disukai, juga mempunyai kecenderungan untuk terbabit dalam buli siber, berikutan kajian menunjukkan pembuli siber selalunya adalah individu yang tidak pandai bersosial.

Berita berkaitan
Jangan sembunyikan kes buli
May 14, 2022· Isu semasa
Bencana banjir, warganet jangan bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’
December 26, 2021· Isu semasa
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021· Isu semasa
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
21 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
32 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok