Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997

April 18, 2024 · Isu semasa

Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencatat pemulihan teknikal selepas susut selama tiga hari berturut-turut, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam, menurut laporan Bernama.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.

“Selain elemen pembetulan teknikal, prospek kadar faedah di AS dan ketegangan di Asia Barat akan menjadi penentu sentimen pasaran dalam pasaran tukaran asing,” katanya.

Beliau juga menyifatkan ketidaktentuan berkaitan prospek kadar faedah AS akan turut menjadi faktor pendorong sentimen positif terhadap mata wang negara maju itu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata peningkatan ringgit pada hari ini agak terbatas berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell yang cenderung terhadap kenaikan kadar faedah pada sesi perbincangan panel Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malam tadi.

Ulasan Powell membayangkan bahawa Fed akan lebih bersabar dalam usaha melaksanakan kenaikan kadar faedah berikutan tekanan inflasi berterusan serta daya tahan ekonomi AS.

“Pendirian sedemikian sebaliknya hanya meningkatkan lagi hasil Perbendaharaan AS sekitar paras lima peratus, sekali gus mengehadkan kenaikan tukaran asing Asia,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 5.0981/1024 daripada 5.0966/0992, susut sedikit berbanding pound Britain kepada 5.9720/9770 daripada 5.9701/9732 namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0990/1018 daripada 3.1020/1038 semalam.

Unit tempatan itu diniagakan kebanyakannya meningkat berbanding mata wang Asean termasuk mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0194/13.0373 daripada 13.0858/13.0983, semalam.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 295.3/295.7 daripada 296.3/296.6 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.41/8.42 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5171/5200 daripada 3.5135/5156, sebelum ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
July 1, 2022
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok