Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain

February 10, 2023 · Isu semasa

Tindakan kerajaan menghapuskan pelekat cukai jalan atau ‘roadtax’ di cermin kereta atau pada motosikal bermula hari ini (10 Februari 2023), mendapat kritikan netizen.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ketika menjelaskan keputusan itu, hari ini berkata ini kerana cukai jalan itu akan disediakan di atas platform digital melalui aplikasi MyJPJ.

Syed Adzha @syadzha bertanya sama ada aplikasi berkenaan selamat.

“Adakah ia selamat? Data daripada aplikasi kerajaan kebanyakannya bocor,” katanya dalam catatan Twitternya.

@Ftnazhr bertanya apakah kesudahannya jika motosikal itu atas nama seorang tetapi orang lain menunggang motosikal itu.

“Kalau nak semak melalui apps, cukai jalan itu didaftarkan atas nama kita kan, jadi macam mana nak semak cukai jalan kalau orang lain bawa? Tak faham ke soalan ni?” katanya dalam catatan Twitternya.

ulfah born skinny, bish @ulfxh_f asked: “Bagaimana ye? Ayah saya tak pernah register pun.”

Loke sebelum ini berkata pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) danLMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house)

Sehubungan itu, Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

Loke berkata inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke
October 5, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok