Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan

December 9, 2023 · Isu semasa

Langkah Kementerian Pengangkutan tidak menawarkan menawarkan diskaun bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah bagi mendidik orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian itu telah mengamalkan dasar tiada pemberian diskaun sejak 2018 lagi semasa beliau menerajui kementerian berkenaan dari 2018 hingga 2020, lapor Bernama.

“Kita sudah ada dasar ini sejak tahun 2018 lagi apabila saya menjadi menteri MOT (Menteri Pengangkutan) pada tahun itu. Pada ketika itu juga, saya telah membatalkan lebih RM4 juta saman kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) secara sekali beri dan orang ramai menyambut baik perkara itu.

Kami hendak beri satu mesej kepada orang ramai bahawa saman itu adalah untuk mendidik. Jika kami bagi diskaun, ia tidak adil kepada orang lain yang bayar saman pada masa yang ditetapkan,” katanya selepas meninjau reruai kementerian itu pada program berkenaan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Loke berkata JPJ sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan jalan raya tidak akan berkompromi dalam hal ini dan perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerana isu kesalahan-kesalahan jalan raya mesti dipandang serius.

“Semalam, saya dapat makluman orang ramai datang ke kaunter JPJ untuk dapatkan diskaun saman dan mereka berdukacita maka saya memohon maaf kerana terdapat salah faham isu ini.

Apabila perkara ini sedikit kecoh semalam, saya telah bermesyuarat khas bersama KSU (Ketua Setiausaha MOT) dan pengurusan tertinggi JPJ berhubung respons orang ramai dalam hal ini dan kami sebulat suara menegaskan tiada diskaun saman diberi,” katanya.

Menurutnya walaupun tiada pemberian diskaun saman JPJ, kementeriannya turut mengadakan program lain seperti pemberian 5,000 topi keledar secara percuma yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai selain turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan tiket penerbangan kepada orang ramai.

Loke berkata berdasarkan sambutan itu kementerian menambah 2,000 unit lagi topi kalendar baharu percuma menjadikan jumlah keseluruhan agihan topi kaledar sebanyak 5,000 unit sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri akan memperluas inisiatif itu ke seluruh negara tahun hadapan termasuk ke Sabah dan Sarawak bagi memastikan orang ramai khususnya penunggang motosikal mengoptimumkan keselamatan jalan raya dengan memakai topi keledar yang baik dan selamat.

“Kita tidak boleh hanya bagi di sini (Bukit Jalil), mungkin yang datang hanya dari Lembah Klang dan kawasan berdekatan, tetapi kita akan agihkan juga topi keledar ini ke seluruh negara tahun hadapan melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri masing-masing,” katanya.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dijadual akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok