KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank

April 18, 2024 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi menjadi pemegang saham besar Affin Bank Bhd selepas menjual tiga juta saham dalam kumpulan perbankan itu.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, tabung simpanan persaraan terbesar negara itu sudah melupuskan saham Affin Bank pada 12 April lalu.

Bagaimanapun, Affin Bank dalam makluman berkenaan tidak menyatakan nilai transaksi, atau baki jumlah saham yang dipegang oleh dana persaraan pekerja swasta itu.

Saham Affin Bank ditutup paras RM2.54 pada 12 April lalu.

Berdasarkan laporan tahunan Affin Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, KWSP memegang sejumlah 121.91 juta saham dalam bank itu, bersamaan dengan 5.195 peratus kepentingan setakat 29 Februari lalu.

KWSP telah mengurangkan kepentingannya dalam Affin Bank dari Januari hingga akhir Februari, menjual sebanyak 16.46 juta saham sepanjang tempoh itu.

Ketika ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah pemegang saham terbesar Affin Bank dengan 28.79 peratus kepentingan, manakala anak syarikat milik penuhnya, Boustead Holdings Bhd memegang 20.02 peratus.

Affin Bank adalah bank kedua terkecil dari segi aset dalam kalangan lapan kumpulan perbankan di negara ini.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
July 1, 2022
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok