MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan

November 24, 2023 · Isu semasa

Sebarang pengeluaran pra-persaraan tambahan baharu sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini telahpun berada pada tahap yang amat membimbangkan, menurut Kementerian Kewangan.

Katanya langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, lapor Bernama.

“Setakat 30 Sept 2023, bagi ahli berumur bawah 55 tahun, seramai 6.3 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.

“Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Ia menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan sedang mengkaji tuntutan rakyat yang mengalami kesusahan hidup sekarang yang memohon supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP mereka secara bersasar dan ingin tahu pendirian kerajaan tentang tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar itu.

Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia kini bukan lagi berada dalam fasa pemulihan, malah nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melepasi paras prapandemik.

“Aktiviti ekonomi semakin rancak apabila banyak perniagaan telah beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.

“Hal ini dibuktikan apabila jumlah ahli aktif KWSP juga telah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 8.5 juta setakat September 2023, dengan peningkatan sebanyak 910,000 ahli atau 12 peratus berbanding 7.6 juta yang dicatatkan pada September 2021,” katanya.

Menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam), katanya pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan semula GST.

“Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.” katanya.

Kalam meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengambil kira situasi ekonomi semasa dalam pembaharuan fiskal negara serta implikasinya terhadap rakyat.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata antara 2021 dan Jun 2023, Malaysia telah menyumbang sebanyak RM10.93 juta kepada negara-negara yang telah ditimpa musibah.

Jumlah tersebut merangkumi RM1.68 juta bagi tahun 2021, RM3.64 juta bagi tahun 2022 dan RM5.61 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok