Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart

March 30, 2024 · Isu semasa

Satu lagi cawangan KK Mart dibaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata kejadian berlaku pada 5.14 pagi di KK Mart Sungai Isap di sini dan disedari oleh kakitangan kedai terbabit, lapor Bernama.

Beliau berkata kebakaran yang dilakukan oleh individu tidak dikenali itu telah menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak.

Katanya semasa kejadian, dua kakitangan berada di dalam kedai dan seorang daripadanya sempat mengambil alat pemadam api serta menghalang kebakaran daripada terus merebak.

“Ketika itu, seorang pekerjanya yang berada di kaunter dan sedang bersahur terkejut kerana secara tiba-tiba ada balingan molotov cocktail dari luar premis dan betul-betul jatuh di atas karpet laluan masuk KK Mart sehingga tercetus kebakaran kecil.

“Saksi panik dan terus mengambil alat pemadam api lalu cuba memadamkannya. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan ekoran kejadian ini kedai serbaneka tersebut mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM500 akibat perbuatan khianat tersebut,” katanya.

Beliau berkata cawangan itu baru beroperasi dua minggu dan siasatan akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang terkait dengan kedai serbaneka KK Mart sebelum ini hingga suspek melakukan perbuatan khianat tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Forensik D10 IPK Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian,” katanya.

Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak dibaling bom petrol.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu· Isu semasa
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok