Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling

July 6, 2022 · Isu semasa

Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini memaklumkan kedua-dua LRA itu dihenti tugas sepenuhnya pada 10.50 malam dan 11.10 malam tadi, lapor Bernama.

“Penutupan sementara itu akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal/Sungai Petani.

“Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membuat penghantaran air terawat melalui lori tangki kepada kawasan yang terjejas akibat daripada langkah penutupan LRA itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dihanyutkan air serta kira-kira 70 rumah rosak akibat kejadian itu.

Berita berkaitan
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Polis tahan pemuda ugut baling mercun bola kepada PMX
April 28, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran lantik Azeez Rahim jadi Pengerusi KEDA baharu
April 5, 2023· Politik
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok