Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual

February 13, 2023 · Isu semasa

Selalunya gangguan seksual dikaitkan dengan wanita tetapi dunia tanpa sempadan kini turut mengaitkan isu tersebut dengan golongan lelaki.

Hakikatnya, gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk kaum lelaki meskipun ia jarang dilaporkan disebabkan pelbagai faktor termasuk malu.

Stigma masyarakat membuatkan mangsa takut untuk melaporkan kejadian yang berlaku pada diri mereka meskipun gangguan seksual mampu meninggalkan kesan trauma.

Gangguan seksual boleh berlaku secara lisan, perbuatan, bahasa tubuh atau paksaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Kebiasaannya ia berlaku pada kaum wanita tetapi sebenarnya lelaki juga banyak menjadi mangs

Bagaimanapun lelaki jarang melaporkannya kerana takut dianggap lembik dan diejek kerana lelaki tidak sepatutnya menjadi mangsa gangguan seksual.

Laporan Equal Employment Opportunity Commission (EEOC) mengatakan lelaki kerap menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.

Tidak hanya gangguan daripada rakan sepejabat, banyak kes turut dilaporkan melibatkan pegawai atasan.

Angka itu sebenarnya menurut EEOC adalah rendah dan sebenarnya masih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana ego dan rasa malu akan diperlekehkan oleh masyarakat.

Dalam satu kajian juga mendapati, lelaki enggan tampil kerana bimbang menjadi bahan jenaka masyarakat selain lelaki sepatutnya bijak menjaga diri dan ia adalah perkara remeh.

Dalam pada itu, baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai tindakan segelintir wanita yang melakukan gangguan seksual secara maya terhadap lelaki yang memakai pakaian khas penunggang basikal.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata yang meninggalkan komen lucah dan tidak sensitif itu adalah golongan wanita termasuklah isteri orang dan mereka yang bertudung.

Mungkin niat mereka sekadar untuk melawak, namun tidak kena pada tempatnya sekali gus menunjukkan sifat seolah-olah tidak peka mengenai hal-hal sensitif.

Jadi sudah tiba masanya masyarakat kita mengubah persepsi bahawa gangguan seksual tidak hanya melibatkan golongan wanita, tetapi lelaki turut menjadi mangsa.

Jangan skeptikal bahawa lelaki tidak terkesan dengan gangguan seksual dan belajarlah untuk menghormati antara satu sama lain.

Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, hantaran seperti gambar atau video di dalam sosial media mempunyai implikasi sama ada baik dan buruk.

Oleh itu, beliau menyarankan orang ramai supaya berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang hantaran ke dalam sosial media.

“Kita tidak dapat kawal apa yang orang akan komen, namun kita dapat cegah mereka daripada berbuat demikian dengan meneliti terlebih dahulu gambar atau video sebelum dimuat naik.

“Kalau gambar atau video itu tidak senonoh dan mencolok mata, lebih baik elakkan.

“Gangguan seksual sinonim dengan wanita, tetapi saya tidak menyangkal lelaki juga menjadi mangsa. Sejujurnya, masih ramai yang anggap tidak ‘rugi’ jika lelaki diganggu,” ujarnya.

Menurut Shahul Hamid, kesan persepsi sedemikian, ramai kaum lelaki malu untuk membuat laporan mereka diganggu.

Mengulas berkenaan gangguan seksual secara maya melibatkan kaum lelaki, beliau berpendapat golongan wanita juga perlu menjaga batas dan meninggalkan komen tidak senonoh walaupun seseorang lelaki memakai pakaian yang mendedahkan anggota tubuh badan dan sebagainya.

Bagi kes ini, perlu ada undang-undang tegas dan mana-mana pihak yang berada dalam situasi sedemikian, jangan segan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana ia merupakan satu kesalahan.

Jika ia berterusan berlaku tanpa sebarang tindakan tegas, lambat laun ia akan menyumbang kepada berlakunya perbuatan jenayah lain.

Berita berkaitan
Hina Sultan Johor dalam media sosial, seorang lelaki ditahan
April 25, 2023· Isu semasa
16 laporan polis sudah diterima berhubung penceramah hina institusi beraja
March 16, 2023· Isu semasa
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023· Isu semasa
Terpalit kes gangguan seksual, wanita kecewa PH calonkan Faiz Fadzil
October 22, 2022· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
8 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok