Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?

January 23, 2023 · Isu semasa

Tindakan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegur peniaga yang tidak menurunkan harga makanan walaupun harga bahan mentah sudah mengalami penurunan dikecam netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu.

Terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang mempertikaikan kenyataan itu dengan menyenaraikan bahan-bahan mentah digunakan mereka masih berada pada harga tinggi hingga memaksa mereka menaikkan harga makanan yang dijual.

Mereka secara jujur meluahkan situasi yang berlaku di platform media sosial masing-masing bagi menunjukkan keadaan sebenar harga bahan mentah yang dijual di pasaran ketika ini.

Tok Chey perhatikan, kemarahan netizen terhadap Rafizi memang berasas kerana seperti yang semua sedia maklum, harga bahan mentah di pasaran masih sama dan tiada penurunan seperti yang didakwa Rafizi.

Dan kalau benar ada penurunan, Rafizi sepatutnya menyatakan dengan jelas bahan mentah apa yang dimaksudkan secara spesifik supaya rakyat mengetahuinya.

Ataupun jika benar berlaku penurunan seperti yang didakwa itu, adakah menteri kerajaan hanya menggunakan pendekatan menegur peniaga untuk menurunkan harga makanan? Bukankah ada peraturan yang membolehkan penguatkuasaan dilakukan?

Pada masa sama, adakah wajar menyalahkan peniaga semata-mata? Tidakkah peniaga juga tersepit dengan harga bahan mentah ketika ini?

Sebagai seorang Menteri Ekonomi, cadangan supaya pengguna memboikot restoran yang menjual harga makanan mahal pula bukanlah satu syor yang sepatutnya dilontar oleh seorang menteri Kabinet. Bagaimana pula dengan harga di peringkat pembekal dan pengeluar? Adakah pihak kerajaan melakukan kajian menyeluruh ketika ini?

Tok Chey bukan mahu membela mana-mana pihak, tetapi pendekatan menyalahkan pihak tertentu dalam kenaikan harga barang adalah langkah tidak bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu di peringkat akarnya.

Sebelum ini Rafizi mengambil langkah mudah menyalahkan kerajaan terdahulu apabila berlakunya krisis harga ayam dan masalah bekalan telur. Selepas ini tidak mustahil pengguna pula disalahkanya kerana tidak bijak berbelanja ataupun mengamalkan langkah berjimat-cermat.

Jika begitulah pendekatannya, maka tidak perlulah kita ada menteri kerana orang biasa-biasa pun boleh memberikan cadangan yang sama.

Apa yang rakyat mahukan, tindakan yang benar-benar berkesan dalam memastikan harga barangan dan makanan yang tidak terlalu membebankan rakyat seperti mana yang berlaku ketika ini.

Sudah pasti ramai yang menantikan formula Rafizi dapat digunakan bagi mengawal harga barang seperti mana ia digembar-gemburkan ketika menjadi pembangkang.

Ataupun apabila sudah menjadi kerajaan, Rafizi sedar bahawa menjadi pembangkang sebenarnya amat mudah kerana boleh bercakap suka hati tanpa memikirkan bahawa apa yang diucapkan sebenarnya adalah tidak munasabah.

Di sebalik semua itu, rakyat tidak akan lupa yang Rafizi pernah menyatakan harga sebuah Perodua Myvi sepatutnya dijual RM25,000, kira-kira separuh daripada harga semasa, harga minyak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter dan macam-macam formula lagi yang sehingga kini masih belum menampakkan keberkesanannya.

Satu lagi Tok Chey rasa yang Rafizi ini sudah bercakap melangkaui portfolionya sebagai Menteri Ekonomi apabila masuk campur dalam urusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diterajui Salahuddin Ayub.

Tindakan demikian juga menunjukkan kepada rakyat, Rafizi sendiri masih kurang jelas dengan peranan dan bidang kuasa yang ada pada dirinya.

Oleh itu, berdasarkan kepada situasi semasa, maka Tok Chey harap penyokong yang taasub dengan Rafizi sebelum ini ataupun sentiasa mempertahankan kenyataan Rafizi dapat berlapang dada menerima hakikat bahawa bercakap memang mudah.

Tetapi untuk melaksanakan satu tindakan yang benar-benar menyeluruh dan berkesan terutama melibatkan isu rakyat bukanlah semudah yang disangka.

Tok Chey
Warta Rakyat

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok