Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri

October 31, 2023 · Isu semasa

Harga ayam boleh didapati dengan lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram (kg), meskipun kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi dan harga kawalan ayam bermula esok.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemain industri telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa harga ayam tidak akan naik mendadak mulai 1 Nov serta memberi jaminan bekalan ayam mencukupi, lapor Bernama.

“Setelah pelaksanaan (subsidi dan kawalan harga ayam) selama 20 bulan, kita melihat dengan jaminan daripada industri bahawa kita boleh apungkan harga ayam.

“Pihak industri juga memberikan jaminan bahawa bekalan ayam mencukupi dan mereka berupaya untuk menjual pada kadar lebih rendah daripada harga kawalan (sebelum ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di sini hari ini.

Meskipun telah mendapat jaminan daripada pihak industri, Armizan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetap menggerakkan 900 pegawai pemantau harga ke semua kawasan esok untuk memantau harga ayam dan mengambil tindakan perundangan jika perlu.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga ayam tidak boleh dijual melebihi RM9.40 per kg.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semalam, mengumumkan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 Nov, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.

Beliau berkata penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Armizan berkata KPDN kini dalam proses akhir untuk meminda Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713) yang dijangka dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.

Beliau berkata pindaan terhadap Akta 712 antaranya memasukkan komponen baharu dikenali rejim kawalan penggabungan bagi mengawal selia sekiranya wujud elemen kecenderungan syarikat untuk bergabung dan berpakat dalam mengehadkan harga dan pengeluaran.

Menurutnya, sejak 2012 hingga Oktober 2023, MyCC telah mengambil tindakan terhadap 247 syarikat dengan penalti kewangan mencecah RM175 juta kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 712 manakala 430 kes masih dalam siasatan.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok