Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik

November 1, 2023 · Isu semasa

Subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan wang tunai.

Walaupun tiada lagi subsidi dan kawalan, kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga secara mendadak ke atas bahan mentah itu dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi, lapor Bernama.

Dua hari lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sejak Februari 2022.

Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim di laman sesawangnya
menyebut kerajaan dapat menjimatkan RM100 juta sebulan susulan langkah mengapungkan harga ayam seterusnya membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

Ia termasuk melalui bantuan insentif dari segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti dan program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

Prihatin dengan penduduk luar bandar, kerajaan akan menganjurkan Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara supaya harga jualan ayam kekal kompetitif dan tidak membebankan rakyat.

Kerajaan juga memberi jaminan akan sentiasa melaksanakan pemantauan harga ayam daripada peringkat ladang hingga ke outlet peruncitan dari semasa ke semasa yang akan dilaksanakan bersama KPKM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sementara itu, kerajaan bersetuju meneruskan subsidi bagi telur gred A, B, C mengikut mekanisme sedia ada.

Berita berkaitan
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok