Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM

November 1, 2023 · Isu semasa

Tinjauan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di kawasan sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya mendapati tiada peningkatan harga ayam di peringkat rantaian bekalan.

KPKM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan pemantauan pada hari pertama pengapungan harga ayam hari ini mendapati harga ayam yang dijual adalah antara RM7.39 hingga RM9.40 sekilogram (kg), lapor Bernama.

“Pengguna mempunyai pelbagai pilihan daripada segi harga jualan serta jenis ayam yang dijual berdasarkan lokasi dan tempat jualan. Aspek bekalan juga adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

“Pihak KPKM akan terus bekerjasama erat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran serta memantau secara dekat mengenai sebarang aktiviti pencatutan yang dilaporkan,” menurut hantaran itu.

Menurut KPKM, hasil tinjauan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan mendapati ayam standard dijual pada harga RM9.40 sekilogram dengan caj upah pemotongan 50 sen manakala Pasar Raya Econsave Kota Warisan Sepang, harga ayam standard dijual RM8.39 sekilogram.

Selain itu, tinjauan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Sungai Merab mendapati harga ayam super dijual RM9.20 sekilogram.

Pemantauan harga ayam standard di Nilai mendapati Pasar Awam Sementara Nilai menjual ayam sekilogram dengan harga RM9.40, Pasar Raya Giant Superstore Nilai (RM7.89) manakala di Lotus Nilai Putra dengan harga RM7.39 sekilogram.

Berdasarkan tinjauan di Putrajaya pula, harga sekilogram ayam super di Pasar Raya Mydin dijual pada harga RM7.99, di Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putrajaya (RM9)).

Pemantauan berkenaan diketuai Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali dan disertai Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri.

 

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok