Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi

March 21, 2022 · Isu semasa

Kerajaan memerlukan masa untuk cuba menyelesaikan kes saman difailkan sekumpulan 35 individu terdiri daripada bekas anggota badan kehakiman serta tujuh balu bekas hakim berhubung kegagalan kerajaan menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015 melalui proses mediasi.

Mereka termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Tan Sri Haidar Mohamed Nor serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat.

Mereka menamakan kerajaan, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan, lapor Bernama.

Peguam Christopher Leong, yang mewakili bekas hakim selaku plaintif, berkata pada prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara dalam talian hari ini, mahkamah menetapkan 26 Mei untuk pengurusan kes selanjutnya bagi defendan memaklumkan sama ada mereka bersetuju untuk cuba menyelesaikan kes itu secara mediasi.

“Pada pengurusan kes hari ini, Peguam Persekutuan M. Kogilambigai (yang mewakili defendan) memaklumkan mahkamah bahawa mereka memerlukan masa kerana perlu berbincang dengan pihak berkepentingan yang lain. Kami (plaintif) tidak mempunyai bantahan untuk memberikan lebih banyak masa kepada defendan,” katanya.

Pada 14 Feb lepas, mahkamah mencadangkan pihak terbabit menyelesaikan kes itu melalui proses mediasi dan plaintif bersetuju.

Saman yang difailkan pada 24 Jan lepas itu menyaksikan plaintif memohon deklarasi kegagalan menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai bagi pencen dan faedah lain untuk setiap plaintif mengikut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) melalui perintah dalam Warta melanggar Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka memohon perintah bahawa defendan kedua atau ketiga (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain diberikan kepada setiap plaintif berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 mengikut Seksyen 15B(2) akta tersebut.

Plaintif berkata mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim bersara dan orang tanggungan hakim yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim masih berkhidmat yang disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa sebagaimana yang wajib dilakukan mengikut Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok