Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta

May 23, 2021 · Isu semasa

Seorang siak masjid meninggal dunia di sebuah klinik di Bayan Lepas, Pulau Pinang akibat jangkitan Covid-19, kira-kira jam 7 malam tadi.

Haji Ridzuan Othman yang bertugas di Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas dikatakan meninggal dunia ketika hendak mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kerana demam.

Susulan itu, pihak pengurusan dalam satu kenyataan memaklumkan masjid berkenaan akan ditutup mulai hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Arwah telah didapati positif Covid-19,” kata kenyataan itu.

Allahyarham yang belum berkahwin tetapi tinggal bersama keluarganya dikatakan demam sejak sebelum Hari Raya Puasa lalu, tanpa menyedari beliau dijangkiti Covid-19.

Beliau dikatakan jatuh di klinik berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sepasukan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap dengan pakaian perlindungan dikejarkan ke klinik berkenaan untuk membawa jenazahnya ke Hospital Pulau Pinang.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid juga menasihatkan ahli khariah yang mempunyai kontak rapat dengan Allahyarham supaya bersedia untuk melakukan ujian calitan Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok