Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017

December 11, 2023 · Isu semasa

Negara mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dengan beberapa kematian direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kes Covid-19 terkini yang direkodkan KKM setakat adalah sebanyak 20,017 kes dengan peningkatan sebanyak 455 kes berbanding 2,099 kes yang dilaporkan pada Jumaat lalu.

Berdasarkan data dikongsikan setakat ini di laman sesawang KKMNOW, github.com, dua daripada angka baharu yang direkodkan itu membabitkan kes import.

Jumlah keseluruhan kes baharu itu meningkat sebanyak 455 kes berbanding 2,099 kes yang dilaporkan pada Jumaat lalu.

Menurut data itu lagi, sebanyak 1,164 kes direkodkan pulih dan satu kematian turut dicatatkan.

Setakat kelmarin, Selangor merekodkan angka harian tertinggi dengan 902 kes diikuti Kuala Lumpur (532), Melaka (333), Perak (132), Negeri Sembilan (127) dan Pulau Pinang (108).

Putrajaya pula merekodkan 73 kes baharu disusuli Sabah (73), Kedah (72), Pahang (62), Sarawak (57), Kelantan (40), Johor (19) dan Perlis (9).

KKM sebelum ini menjangkakan, peningkatan kes Covid-19 berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata peningkatan kes itu juga sudah dapat dilihat sejak kebelakangan ini, namun ia tidak membabitkan kes berisiko tinggi.

“Kita jangkakan pada musim perayaan ini akan berdepan dengan peningkatan kes Covid-19, kerana ketika itu berlakunya kunjung-mengunjung ke rumah keluarga dan saudara mara. Mungkin ada peningkatan sedikit.

“Jadi, kita menasihatkan supaya rakyat mengambil langkah seperti sebelum ini. Sekiranya ada gejala jumpa doktor untuk saringan. Sekiranya positif, lakukan pengasingan kendiri dalam tempoh lima hari.

“Selain itu jika ke tempat sesak, walaupun kini tidak diwajibkan, namun kita galakkan untuk memakain pelitup muka selain menjaga kebersihan diri seperti kerap membersihkan tangan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok