PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan

March 16, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) akan terus memperjuangkan supaya pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dapat mengeluarkan simpanan mereka bagi menampung kos sara hidup yang dihadapi sekarang.

Ahli Parlimen PN Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau telah menerima memorandum daripada pencarum berhubung pengeluaran KWSP bersasar.

Beliau turut memberi jaminan akan terus membawa perkara itu sehingga kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) membenarkan pengeluaran berkenaan.

Pada masa sama beliau berkata adalah tidak masuk akal apabila kerajaan merancang mencagarkan wang KWSP kepada bank bagi membolehkan pencarum meminjam daripada bank.

“Dia nak bawa keluar duit dia… tapi kerajaan suruh pinjam daripada bank yang hanya akan menguntungkan bank. Jadi saya terima memorandum daripada pencarum dan insya-Allah kita akan terus perjuangkan supaya dana KWSP boleh dikeluarkan secara bersasar.

“Dan juga kita harap kerajaan akan dengarlah rintihan daripada rakyat. Hari ni saya jumpa satu kumpulan pencarum KWSP yang hantar kat saya ni memorandum bantahan rakyat terhadap cadangan kerajaan untuk mencagarkan wang simpanan KWSP pencarum kepada pihak bank.

“Saya sebenarnya memang rasa tak logik untuk guna akaun KWSP… dana dalam KWSP untuk dicagarkan kepada bank,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, Perdana Menteri kerajaan PH-BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Menurut Anwar kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Bagaimanapun, pelbagai pihak terutama pertubuhan yang mewakili pencarum mengecam rancangan itu yang mereka sifatkan sebagai ‘gali lubang tutup lubang’ dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Berita berkaitan
Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda
15 jam lalu· Rencana
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
11 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
23 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok