Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik

March 5, 2024 · Politik

Ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini memohon maaf atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Permohonan maaf itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada Ahli Parlimen berkenaan memberikan penjelasan sebelum satu usul oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikemukakan untuk menggantung Wan Saiful selama enam bulan kerana mendakwa Anwar sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

Wan Saiful dalam permohonan maaf itu mengakui bahawa kenyataan yang dibuat ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Feb lepas memang ditujukan kepada Anwar.

“Ayat itu memang saya tujukan kepada Tambun (Anwar)…saya menarik balik ayat tersebut, saya menarik balik kenyataan saya dan saya juga memohon maaf atas kenyataan tersebut.

“Saya dengan rendah diri juga kerana seperti dalam usul ada sebut mengenai Yang di-Pertuan Agong atas segala kekhilafan sekiranya menyentuh perihal Yang di-Pertuan Agong dan saya juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dan saya harap ia boleh dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

Susulan permohonan maaf itu, Johari menganggap isu tersebut selesai dan mencadangkan supaya Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menarik balik usul berkenaan.

“Ini bermaksud Yang Berhormat Tasek Gelugor telah memohon maaf kepada Tambun dan menarik balik kenyataan itu. Yang Berhormat juga telah memohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Untuk itu saya terima (permohonan maaf) dan menteri (Ahmad Zahid) saya anggap kita boleh selesaikan masalah ini kerana permohonan maaf dibuat secara terbuka dan (diharap) menteri boleh menerima keadaan ini,” katanya.

Ahmad Zahid kemudian bangun dan menarik semula usul berkenaan yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin bangun mencelah untuk menzahirkan penghargaan selain memuji tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam menyelesaikan isu tersebut. – Bernama

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
16 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok