Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi

March 12, 2023 · Isu semasa

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa berpuas hati terhadap pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan baginda telah banyak memperoleh pencapaian membanggakan selama ini.

Titah baginda, antara pencapaian tersebut adalah kejayaan menarik masuk pelaburan tinggi ke Kedah dengan jumlah keseluruhan pada 2022 mencecah RM13.1 bilion.

Pelaburan masuk itu, titah baginda tidak hanya meningkatkan hasil negeri, malah turut menyediakan sebanyak 6,072 peluang pekerjaan.

“Ini satu bukti bahawa kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam menjalankan usaha meningkatkan taraf ekonomi negeri dan rakyat.

“Beta melihat usaha giat kerajaan negeri dalam melaksanakan transformasi digital dalam penyampaian perkhidmatan negeri adalah satu langkah tepat. Program transformasi digital kerajaan bakal menyokong kemasukan pelaburan melalui birokrasi yang cekap dan efisien.

“Birokrasi yang efisien ini secara tidak langsung telah menjadi satu insentif berbentuk bukan fiskal kepada pelabur ke Kedah. Selain menyokong kemasukan pelaburan, transformasi digital perkhidmatan kerajaan turut memberi manfaat kepada rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 2023, hari ini (Ahad, 12 Mac 2023).

Sultan Sallehuddin dalam pada itu turut memuji keprihatinan Muhammad Sanusi serta kerajaan negeri dalam menyegerakan proses pemberi milikan tanah kepada rakyat yang memohon.

“Beta dimaklumkan sejak Mei 2020, sebanyak 2,705 permohonan mendapatkan hak milik tanah dan lesen pendudukan sementara berjaya diluluskan.

“Tindakan ini secara tidak langsung memberi nafas lega kepada rakyat yang menanti mendapatkan hak milik serta lesen pendudukan sementara bagi menduduki tanah secara sah.

“Usaha ini bukan saja menyelesaikan masalah rakyat malah membantu meningkatkan hasil negeri melalui bayaran premium dan pertambahan hasil kutipan cukai tanah berulang,” titah baginda.

Sementara itu baginda turut menzahirkan rasa sukacita melihat pentadbiran Menteri Besar yang cukup komited melaksanakan Agenda Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah2035) berterusan.

Baginda dalam pada itu turut menyambut baik komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan projek impak tinggi di bawah Kedah2035 yang bakal merancakkan lagi landskap pembangunan dan ekonomi negeri.

“Atas segala pencapaian dan usaha disebutkan tadi, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar dan seluruh jentera pentadbiran negeri,” titah baginda. – WartaRakyat

Berita berkaitan
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Sokongan kepada PN akan bertambah walaupun terus ditekan: Takiyuddin
March 11, 2023· Politik
PH mengenakan semula cukai dan penalti 45% kepada Yayasan Al-Bukhary
March 11, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok