Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!

August 25, 2022 · Isu semasa

Penyakit berjangkit bermaksud penyakit yang boleh tersebar dari seorang individu kepada individu yang lain yang disebabkan oleh pelbagai jenis kuman termasuklah bakteria, virus, kulat dan parasit.

Secara definisi, penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh merebak secara langsung atau tidak langsung daripada satu orang kepada orang lain.

Pada tahun 2020, seluruh dunia telah dikejutkan dengan ancaman satu penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Covid-19. Sejak itu, masyarakat dunia lebih berhati-hati dan mempelajari cara-cara mengatasi masalah penyakit berjangkit supaya dapat menjamin nyawa dan kehidupan diri kita serta orang-orang tersayang.

Selain Covid-19, beberapa penyakit berjangkit muncul kembali dan berlaku peningkatan kes termasuk Influenza, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan RSV.  Di sebalik peningkatan kes penyakit tersebut,  ramai yang keliru perbezaan simptom dan cara rawatan yang sesuai.

Pun begitu, kebanyakan pakar perubatan mengakui penyakit berjangkit ini boleh dicegah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pantai Hospital Penang, Dr. Hasanah Ishak, influenza, HFMD dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang sangat senang merebak dan insidennya sangat ketara (terutamanya dalam kalangan kanak-kanak ) pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan, influenza, kata singkatnya flu adalah penyakit saluran pernafasan yang senang berjangkit, boleh menyerang sesiapa sahaja dan ianya merbahaya pada kumpulan umur tertentu terutamanya kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga emas 60 ke atas, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung, diabetes dan lain lain.

“Influenza berbeza daripada selsema biasa, gejalanya biasanya ringan, boleh jadi teruk dan boleh membawa kepada kematian. Gejalanya adalah demam tinggi pada 2-3 hari pertama, berhingus, sakit tekak, sakit badan, batuk yang teruk, sakit kepala, letih dan kadang kadang muntah dan cirit birit.

“Ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan kuman paruparu (pneumonia), jangkitan dalam telinga dan juga sinus. Influenza merebak melalui titisan air (droplets) bila pesakit batuk, bercakap atau bersin. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan yang dicemari titisan influenza,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Hasanah memberitahu, HFMD disebabkan oleh kuman enterovirus, paling senang merebak dan sering terjadi pada kanak kanak terutamanya lima tahun ke bawah. Ia menyebabkan ulser dalam mulut, tepi bibir dan ruam lepuh terutamanya tapak tangan, tapak kaki, lutut, siku, kelenkang dan punggung.

“Kebanyakan kanak kanak mempunyai gejala ringan seperti demam, kurang selera makan atau minum, sakit tekak dan lemah. Biasanya penyakit ini akan sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tetapi anak anak perlu dibawa berjumpa doktor jika makan minumnya terlalu kurang, demam lebih dari  tiga hingga empat hari hari, lesu dan tidak peka dengan persekitaran atau sawan kekejangan kaki tangan.

Biasanya doktor boleh mengenal pasti penyakit ini dengan pemeriksaan fizikal tanpa apa apa ujian selanjutnya tetapi untuk kes kes yang teruk ia memerlukan ujian rembesan hingus, tekak atau najis (ujian PCR atau percambahan virus),” jelasnya.

Sama seperti influenza, HFMD boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan diri, membasuh tangan yang tercemar dengan sabun dan air atau sanitizer, bersihkan permukaan meja kerusi, tombol pintu, barang mainan dan elakkan dari bersentuh dengan pesakit yang bergejala.

Pun begitu, tiada rawatan khusus untuk HFMD, doktor biasanya memberi rawatan simtomatik seperti paracetamol, ubat ulser dan kadang kadang memerlukan kemasukan hospital untuk rehidrasi. Kes kes komplikasi serius memerlukan rawatan unit rapi (ICU) dan bantuan alat pernafasan.

Tidak ketinggalan, penyakit berjangkit yang kian popular ialah  menjelaskan RSV atau respiratory synctial iaitu  sejenis virus yang sering menyerang saluran pernafasan yang biasanya menyebabkan gejala ringan.

Menurut Dr. Hasanah, kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa lima hingga 10 hari tetapi RSV boleh menjadi serius terutama kanak kanak setahun ke bawah dan warga emas.

“Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti RSV. Tanda- tandanya termasuklah demam, selsema, batuk dan kurang selera makan.

“Gejala teruk yang perlu di beri perhatian, terutama bayi enam bulan ke bawah adalah tidak bermaya, susah bernafas, pernafasan laju, dada berombak dan menangis yang berterusan. Jika ini terjadi kanak kanak tadi perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera,” jelasnya.

Sama seperti penyakit berjangkit lain, RSV juga merbahaya kerana boleh menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan bawah yang serius  iaitu bronchiolitis dan pneumonia terutamanya pada bayi kurang dari setahun.

Berita berkaitan
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
8,000 kes HFMD dikesan di Perak
June 9, 2022· Isu semasa
Kes HFMD direkod Pulau Pinang meningkat dua kali ganda
June 7, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
55 minit lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok