Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan

November 30, 2023 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi kerajaan memindahkan RM21 bilion iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Jun hingga November 2023 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Usul tersebut yang dipersetujui dengan undian suara majoriti dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan di bawah seksyen 3(1) mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Ahmad berkata pindahan tersebut akan digunakan bagi pembiayaan keperluan perbelanjaan pembangunan tahun 2023.

“Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan.

“Sumber kumpulan wang pembangunan diperoleh melalui pindahan antaranya daripada Akaun Pinjaman disatukan yang terdiri daripada terimaan terbitan sekuriti kerajaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan peruntukan di bawah subsekyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) supaya Kumpulan Wang Covid-19 ditutup.

Ahmad berkata penutupan Kumpulan Wang Covid-19 wajar dilaksanakan memandangkan keadaan negara pada fasa peralihan kepada endemik dan pembayaran bagi perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 telah selesai sepenuhnya.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Ogos 2023 telah bersetuju supaya Kumpulan Wang Covid-19 ditutup dan jadual kedua Akta 61 dipinda supaya mengeluarkan Kumpulan Wang Covid-19,” katanya.

Penutupan Kumpulan Wang Covid-19 tidak memberi sebarang komplikasi kewangan kerana langkah itu hanya melibatkan pemindahan baki daripada Kumpulan Wang Covid-19 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok