Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan

March 5, 2024 · Isu semasa

Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan juga membangkitkan isu kenaikan cukai tersebut selepas menerima kecaman banyak pihak dan tentangan daripada blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN) di Parlimen semasa sidang kali ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta kerajaan menyemak semula kadar baharu cukai perkhidmatan dan cukai barang bernilai tinggi atau cukai barang mewah bagi menilai impaknya kepada peniaga dan rakyat.

“Kalau ia menambah beban kewangan kepada peniaga dan rakyat kita boleh tangguh sekejap kerana (keadaan) pertumbuhan ekonomi yang tak menentu. Kita juga tahu bahawa keadaan ekonomi akan pulih akhir tahun ini, termasuk nilai mata wang ringgit dijangka pulih pada separuh kedua tahun ini.

“Jadi, adalah diharapkan pertimbangan dan semakan semula boleh dibuat supaya kadar cukai baharu termasuk cukai perkhidmatan lapan peratus dipertimbangkan dan disemak semula,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berpendapat adalah lebih baik kerajaan melaksanakan semula cukai barang dan
perkhidmatan (GST) berbanding menaikkan kadar cukai perkhidmatan.

“Cukai perkhidmatan naik dua peratus tapi kutipan (cukai) kerajaan bertambah hanya dalam RM3 bilion, jadi jika betul mahu cari duit, GST baru dapat (lebih banyak) duit, pada masa sama laksanakan subsidi bersasar kerana akan bantu pula kerajaan jimat berbilion ringgit,” katanya.

Antara Ahli Parlimen yang turut membangkitkan isu cukai berkenaan ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) dan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas). -Bernama

Persidangan bersambung esok.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok