Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan

November 27, 2023 · Politik

Beberapa Ahli Parlimen sebelah kerajaan dan pembangkang mempertikaikan ketiadaan Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan dalam Dewan Rakyat hari ini semasa sesi perbahasan.

Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) bermula lewat kira-kira 10 minit pagi ini dan Ahli Parlimen enggan memulakan perbahasan masing-masing selagi tiada Menteri dalam Dewan Rakyat.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) antara Ahli Parlimen yang bangkit dan mengemukakan perkara itu kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor.

“Kita minta Menteri dan Timbalan Menteri (Pendidikan) masuk. Kalau tak macam mana kita nak bahas, tetapi tak dicatit. Ini adalah di peringkat jawatankuasa, perlu untuk menteri memberi maklum balas segera,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kemudian, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) turut bangun dan enggan terbabit dalam perbahasan itu sekiranya menteri tidak muncul di dewan.

“Saya setuju dengan Ayer Hitam. Kalau macam ini, saya tak nak bahas,” katanya.

Ramli bagaimanapun, berkata mengikut peraturan mesyuarat, kehadiran menteri tidak wajib, sebaliknya boleh diwakili oleh pegawai kerajaan kementerian itu.

“Saya percaya ada wakil menteri dan dalam peraturan mesyuarat pun (memaklumkan) boleh diwakili,” katanya.

Keadaan dewan yang sedikit kecoh kembali tenang selepas Ramli memaklumkan kehadiran Menteri Pendidikan dan kemudian meminta Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) memulakan sesi perbahasan.

Terdahulu, Ramli memaklumkan seramai 28 Ahli Parlimen akan berbahas dalam sesi terbabit dengan setiap seorang daripada mereka diberikan tempoh lima minit.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
6 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
24 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok