Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik

November 18, 2022 · Politik

Pengundi kaum Cina dinasihat melupakan sahaja Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, kerana apa yang telah dilakukan gabungan parti itu ketika memerintah selama 22 bulan sebelum ini, merugikan kaum itu sendiri.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi contoh apabila Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng daripada DAP menarik balik peruntukan tahunan kepada Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) yang dibangunkan MCA – parti komponen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya apabila Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara, beliau sebagai Perdana Menteri memastikan peruntukan kepada UTAR diberikan semula.

“Guan Eng menarik balik peruntukan yang disediakan kerajaan sebanyak RM300 juta kepada UTAR, yang ditaja MCA untuk pembangunan pendidikan tinggi dalam kalangan bukan Melayu.

“Hanya setelah Perikatan Nasional yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri… kami memulangkan balik peruntukan itu kerana ini berkaitan dengan soal pendidikan.

“Agak luar biasa apabila seorang Cina yang sewajarnya menyokong pendidikan untuk masyarakat Tionghua majoritinya walaupun ditaja oleh MCA, mengambil tindakan drastik untuk ambil balik peruntukan itu dan tak diberikan peruntukan pada pihak universiti yang berkenaan.

“Saya waktu pimpinan Perikatan Nasional mengambil alih teraju negara, kita sediakan semula peruntukan yang saya anggap penting untuk tujuan pendidikan anak-anak di negara kita. Ignore the existence of DAP ,” katanya.

Dalam PRU-15 ini, Muhyiddin bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh.

Berucap pada Jelajah Perdana PN BEST di Kompleks Sukan Pagoh, malam tadi (17 November 2022), Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau telah diberitahu bahawa sesetengah kaum Cina juga sekarang ini sudah tidak menyukai Guan Eng.

“Tapi sebenarnya orang melayu sudah lama pun tidak setuju dan tidak sokong Guan Eng kerana dia tidak menghormati Perlembagaan Negara… tak menghormati kedudukan agama Islam… tak menghormati hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan bangsa lain.

“Ini perkara serius. Jika anda hendak menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia, anda mesti menghormati Perlembagaan. Hak Melayu sudah dijamin dalam Perlembagaan… begitu juga hak kaum-kaum lain,” katanya.

Pada majlis sama, Muhyiddin juga berkata serangan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertalu-talu terhadap Perikatan Nasional dan beliau sendiri menunjukkan Presiden PKR itu sudah semakin gelabah.

“Dia (Anwar) kini berada pada satu tahap gaban… dah bimbang. Hanya tinggal beberapa jam saja lagi orang dah nak mengundi. Dia nampak bahawa parti dia (PH) tak mendapat tarikan majoriti rakyat.

“Yang dia kata akan menjadi ancaman ialah Perikatan Nasional, yang agak lebih popular kononnya Muhyiddin Yassin. Jadi seranglah saya berhabis-habisan supaya saya jatuhkan tumbang dan dia jadi Perdana Menteri,” kata Muhyiddin lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok