Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober

August 25, 2023 · Politik

Tarikh perbicaraan permohonan injunksi kes saman fitnah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditetapkan pada 25 Oktober depan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan tersebut selepas taikun tersebut menyaman Sanusi berhubung kenyataannya melibatkan Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) ketika ceramah sempena kempen pilihan raya ‘Jelajah Mega PN Best’ di Jitra, Kedah sebelum ini.

Menerusi semakan pada senarai kausa dalam laman web badan kehakiman, pada tarikh berkenaan perkara itu ditetapkan untuk prosiding pendengaran injunksi inter-parte di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Choong Yeow Choy.

Sementara itu, peguam, Chuar Kia Lin yang mewakili Vincent selaku plaintif berkata, semasa prosiding kes pada Jumaat, mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya untuk injunksi ad-interim terhadap Sanusi.

Menurutnya, pihak Sanusi selaku defendan berhasrat untuk membantah permohonan injunksi dan memaklumkan memerlukan lebih masa untuk memfailkan afidavit serta hujahan bertulis mereka.

“Memandangkan kami tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 Oktober

“Dalam pada itu, mahkamah juga telah memberikan injunksi ad-interim sementara menunggu pelupusan penuh injunksi inter-parte,” katanya ketika dihubungi.

Vincent mengemukakan saman terhadap Sanusi dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta.

Kumpulan Berjaya dalam satu kenyataan berkata, surat tuntutan telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat.

Syarikat itu juga menuntut Sanusi memohon maaf secara terbuka, memberi jaminan tidak mengulangi tuduhan itu dan membayar pampasan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Vincent dan Berjaya Land mendakwa ucapan pemimpin Pas yang disiarkan secara langsung dan diterbitkan semula antaranya menerusi laman YouTube di bawah nama akaun Astro Awani, laman Facebook di bawah nama akaun TV PAS dan di laman YouTube di bawah nama akaun KiniTV.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
17 jam lalu· Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok