Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon

November 8, 2021 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ditemani ahli keluarganya yang berkumpul awal pagi ini di Pusat Khidmat Rakyat Masjid Tanah sebelum berangkat ke pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati ditemani suaminya, Haji Helmi dan ibunya Hajjah Salbiah di Pusat Khidmat Rakyat, sementara dua anak lelakinya Haikal dan Hakeem mengiringi ibunya ke dewan pusat penamaan calon dengan berbaju Melayu merah.

Sebelum bertolak ke pusat penamaan calon, suaminya membacakan doa selamat kepada isterinya sebagai memohon keredhaan daripada yang Esa.

Selain itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Ronald Kiandee turut berada di Pusat Khidmat Rakyat Masjid Tanah bersarapan bersama calon, Mas Ermieyati.

Mas Ermieyati dijangka berdepan cabaran besar berdepan calon UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, namun tidak boleh dipandang rendah kemampuan seorang anak jati Masjid Tanah tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mas Ermieyati yang bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan Datuk Dr Sabirin Ja’afar daripada PKR dan Nasir Othman (PAS).

Beliau merupakan MP Wanita pertama di Melaka selepas memenangi PRU-14 lalu di Masjid Tanah dan tidak mustahil juga boleh menjadi KM wanita pertama di Melaka.

Memiliki kelayakan pendidikan dalam jurusan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mas Ermieyati banyak membantu rakyat di kawasan Parlimennya.

Ia terbukti sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara, rakyat di Parlimen Masjid Tanah yang terjejas punca pendapatan mendapat perhatian sepenuhnya Mas Ermieyati yang tidak memilih bulu dalam memberi bantuan.

Tidak kira latar belakang politik, Mas Ermieyati memberi layanan dan bantuan seadilnya kepada warga Masjid Tanah termasuk juga mereka yang berada dalam kawasan DUN Tanjung Bidara.

Bantuan bakul makanan mahupun bantuan kewangan secara peribadi disalurkan Mas Ermieyati kepada pengundi di kawasannya.

Kesibukan menjawat jawatan Timbalan Menteri tidak menghalang Mas Ermieyati untuk menabur khidmat kepada warga Masjid Tanah, tiada juga kontroversi besar dikaitkan dengan beliau sepanjang memegang jawatan dalam Kabinet.

Untuk rekod, Mas Ermieyati juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah.

Pengundi DUN Tanjung Bidara kini mempunyai pilihan, sama ada memilih calon KM yang terpalit dengan kontroversi atau seorang peguam yang akan sentiasa bersedia berkhidmat kepada rakyat.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok