Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan

December 15, 2023 · Politik

Setakat sekarang masih belum dimuktamadkan dengan parti mana UMNO Sabah akan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi penjelasan berhubung pengumuman dibuat oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membayangkan akan bekerjasama dengan parti tersebut dalam PRN Sabah nanti.

Jelasnya, kepemimpinan UMNO Sabah sebelum ini hanya berstuju mengadakan perbincangan awal dengan semua parti di negeri ini.

Katanya, keputusan itu dipersetujui pada pemukiman kepemimpinan bahagian UMNO Sabah bersama barisan kepemimpinan tertinggi UMNO Pusat, baru-baru ini.

“Tujuannya untuk melihat, menilai dan menimbang parti mana yang boleh dijadikan rakan kerjasama dalam PRN Sabah yang akan datang.

“Setelah perbincangan awal dengan semua parti selesai dan setelah dipertimbangkan dengan mendalam, barulah satu keputusan rasmi akan dibuat,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Shafie semasa Mesyuarat Agung Parti Warisan membayangkan parti pimpinannya sudah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Ke-17.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin atas jemputan Warisan.

Shafie dilapor berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah jika ia untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Bung Moktar dalam maklum balasnya ketika diajukan mengenai kerjasama dengan Warisan pada majlis itu turut menjelaskan belum ada kerjasama secara rasmi dengan parti berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu bagaimanapun mengakui kepentingan kerjasama antara parti politik sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah nanti.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua UMNO Sabah, berkata ketika ini kepemimpinan UMNO negeri masih menjalankan perbincangan awal dengan semua parti.

“Saya berharap ahli, penyokong dan aktivis UMNO Sabah di akar umbi bertenang sehingga ada satu keputusan rasmi mengenai rakan kerjasama UMNO Sabah dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat
November 14, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok