Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul

April 18, 2024 · Politik

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi penjelasan terdapat beberapa ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit dikemukakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didedahkan semasa prosiding mahkamah pada Rabu.

Nama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu dipetik dalam afidavit dikemukakan Zahid bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran menjalani hukuman penjara di rumah.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberitahu tindakan tersebut bukanlan untuk mempersoalkan merit isu yang sedang berlagsung.

“Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya mahkamah tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan wajar,” katanya.

Kata Tengku Zafrul tindakan diambilnya itu adalah bagi membolehkan keputusan yang adil dan saksama dibuat oleh pihak yang berkenaan demi kepentingan semua.

Terdahulu, Zahid menyokong dakwaan berhubung kewujudan titah adendum (tambahan) daripada Yang di-Pertuan Agong agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Selain Tengku Zafrul, Zahid turut memetik nama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 1 April lalu, ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Justeru, dia memohon mahkamah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Dr Siti Mastura tak gentar berdepan ‘warlord’ UMNO di Kepala Batas
November 8, 2022
Saksi pertahan kenyataan bayar Guan Eng, ‘saya tidak diajar tukar cerita’
July 21, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok