Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan

April 1, 2024 · Politik

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meletakkan jawatan bendahari UMNO Selangor yang dipegangnya sejak April tahun lalu.

Peletakan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu dipercayai ekoran tidak sehaluan dengan barisan pentadbiran UMNO Selangor.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin, Tengku Zafrul berkata, kebangkitan parti berkenaan di negeri itu dilihat hambar dan tidak tidak sehaluan dengan tema di UMNO pusat.

“Saya melihat sendiri bagaimana Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat.

“Namun sejauh mana hebat perencanaan pusat, namun di Selangor pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya.

Ujarnya lagi, pendekatan dan prinsip yang diamalkannya mudah iaitu jika tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan maka beliau tidak harus memegang sesuatu jawatan.

“Malah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif,” jelas beliau.

Menurutnya, Selangor merupakan sebuah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak.

“Demografi yang majmuk dengan asas majoriti Melayu Bumiputera, ditambah dengan keseimbangan bandar serta luar bandar, mencerminkan dinamika Malaysia yang lebih luas.

“Kerancakan ekonominya sentiasa meletakkan Selangor sebagai lokasi tumpuan segenap aktiviti,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, sewaktu dipilih sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari Selangor dan dilantik selaku Bendahari UMNO Selangor lebih setahun dahulu, beliau telah meletakkan satu matlamat utama untuk menyumbang kepada kebangkitan UMNO di negeri itu.

“Natijahnya, jika sesebuah parti tidak ada keberadaan yang kuat di Selangor, parti itu sukar digelar sebuah parti nasional atau parti untuk masa depan,” katanya.

Bagi mengelakkan perkara itu terjadi, strategi ampuh sepatutnya perlu dirangka dengan ketetapan yang sesuai mengikut realiti semasa.

“Keputusan pilihan raya negeri tahun lepas sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

“Antara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap, diuji dan disemak dengan pemegang taruh,” kata beliau.

Selain itu, kerjasama dengan parti lain haruslah diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah UMNO terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat pusat.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan ini dan akan tetap meneruskan tugasan, peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang dipilih.

“Saya sentiasa mendoakan agar ALLAH SWT merestui perjuangan hakiki kita bersama dan semoga UMNO khususnya UMNO Selangor bertapak kembali di hati rakyat Negeri ini, Insya-ALLAH,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok