Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi

August 25, 2023 · Politik

Ahmad Fadhli Bin Shaari menyindir Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sebelum ini menjanjikan untuk memasang kira-kira 5,000 mesin layan diri (vending machine) di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu meminta Rafizi yang terkenal dengan formula ajaibnya itu menjelaskan sama ada mesin layan diri tersebut sudah dipasang ke seluruh negara dan mempersoalkan adakah langkah tersebut berjaya mengurangkan kos sara hidup rakyat sekarang ini.

“Pada pertengahan Jun lepas Menteri Ekonomi telah letakkan sasaran untuk menempatkan 5000 ‘vending machine’ di seluruh negara sebagai satu usaha inisiatif pendapatan rakyat dalam masa dua bulan.

“Bila dipertikaikan bahawa kaedah ini tidak menyelesaikan masalah kuasa beli rakyat yang berkurang, dijawab bahawa ini idea yang pembangkang tidak pernah terlintas di fikiran,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook.

Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata kini sudah dua bulan, tetapi masih belum kelihatan banyak mesin layan diri disediakan di seluruh negara seperti yang diwar-warkan oleh Rafizi.

“Sekarang dua bulan sudah berlalu. Apa khabar vending machine? Sudah berjalan baikkan vending machine yg sedia ada ditempatkan itu?

“Sudah tentu seluruh negara sudah sampai 5000 mesin layan diri ini hasil usaha menteri bijak pandai.

“Soalan dalam sidang dewan akan datang antaranya saya ingin memohon sudilah apa kiranya untuk letakkan satu mesin ini di kawasan kami buat tatapan rakyat sekalian,” katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pada 26 Februari lalu yang antara lain mempromosikan penjualan makanan melalui mesin layan diri.

Bagaimanapun, timbul kritikan terhadap inisiatif tersebut yang dilihat tidak membantu peniaga mahu orang ramai dalam berdepan peningkatan kos sara hidup.

Malahan, terdapat juga rungutan mesin layan diri tersebut tidak berfungsi dengan baik dan memerlukan penyelenggaraan yang sistematik berkos tinggi.

Berita berkaitan
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok