PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R

November 27, 2023 · Politik

PAS membidas kenyataan dibuat Ahli Parlimen (PKR) PKR, Sim Tze Tzin berhubung isu poligami dengan mengaitkannya dalam penganjuran konsert barat di negara.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan kepada Tze Tzin tersebut yang dibuat menerusi hantaran Facebook seakan mempertikaikan poligami yang dibenarkan dalam ajaran agama Islam dan cuba mempolemikkan isu tersebut dengan konsert luar tabii baru-baru ini.

“Berapa hari lepas saya terbaca di dalam akhbar Harian Metro berhubung seorang individu membuat hantaran di platform X menyatakan kononnya ajaran PAS menolak Coldplay, Blackpink dan Bollywood, namun menerima poligami.

“Hantaran sebegini seolah-olah menyatakan poligami ini merupakan ajaran PAS sedangkan ia merupakan perkara yang diizinkan dalam Islam. Saya tidak poligami. Hantaran ini dilaporkan dibuat oleh seorang individu bernama Sim Tze Tzin yang saya dimaklumkan beliau Ahli Parlimen Bayan Baru.

“Dan ia sangat-sangat menyentuh sentimen 3R soalan YB Menteri, adakah modul-modul yang dalam Rakan Muda ini turut akan menerapkan perkara-perkara basic dalam agama yang pelbagai dalam negara agar kita berhati-hati menyentuh isu dalam media sosial dan tidak menjadi seperti yang dinyata oleh individu tadi?” soalnya dipetik portal Harakah Daily.

Terdahulu, media melaporkan Tze Tzin menulis di media sosial bahawa Ahli Parlimen PAS menentang konsert kumpulan antarabangsa namun bersetuju dalam soal poligami.

Catatan itu mengundang bidasan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Seir Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengingatkan bahawa poligami dibenarkan oleh syarak.

Tuan Ibrahim juga dilapor berkata PAS tidak menentang konsert tetapi promosi nilai yang bercanggah dengan dasar negara.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
15 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok